Pagis

PUISI


Jiwa kacau...




Hendak lelap atau tak?
Mata berkelip,hati memberontak,
Otak serabut,perut senak,
Jiwa kacau kerana aku masih budak-budak...

Pusing kiri,kanan,
Undur belakang,tegak depan,
Hati tak keruan,
Dengar muzik pun tak berapa layan...

Jiwa aku kacau atau aku yang mengacau jiwa??

Jiwa kosong seperti kotak yang baru dibuka,
Jiwa pedih kerana ada yag terluka,
Jiwa hampa setelah kecewa,
Jiwa kacau,inikah tandanya??

Mencari jawapan hanya menemui lebih banyak persoalan...

Semasa kecil ingin besar,
Semasa mentah ingin dewasa,
Semasa anak ingin menjadi bapak,
Jiwa kacau terus membentak...

Aku akan terbang ke mana?
Kerana benarkah aku sudah bersedia??
Semoga jiwa kacau ku hilang bersama usia........








Puisi Bila Terlalu Gembira

Bila terlalu gembira,
Akan datangnya duka,
Bila terlalu gembira,
Datangnya kecewa,

Terasa hampa seketika,
Sedetik ketawa,
Datangnya pula air mata,
Mengalir titisannya menyedarkan rasa,

Bila terlalu gembira
Akan tibanya hampa......


Puisi Sekeping gambar sejuta Cerita


Gambar mungkin hanya satu tanda kenangan,
Gambar juga mungkin satu detik kemanisan,
Gambar itu boleh jadi satu titik perpisahan,
Gambar itu cuba kita gambarkan...

Gambar tidak perlu berkata-kata,
Gambar hanya perlu dilihat dengan mata,
Gambar punyai satu kuasa.....

Dalam gambar aku tersenyum sedangkan ketika itu jiwaku sedang hancur bersama linangan dendam air mata..............................................





Puisi Hitam Putih

Orang dulu-dulu,hitam putih mereka satu,
Mempunyai televisyen,siaran  tidak berwarna tanda orang kaya,
Generasi baru-baru,hitam putih bagi mereka juga satu,
Segala urusan harus ada hitam putih,tanda percaya,

Perubahan demi perubahan berlaku,
Siaran televisyen tidak berwarna kini berubah menjadi saluran warna,
Pelbagai siaran,hanya perlu keluarkan belanja,
Mempunyai televisyen,itu biasa-biasa..

Perubahan demi perubahan berlaku,
Kepercayaan...masih ada...
Orang dulu-dulu hingga generasi sekarang..tetap ada,
Cuma,kepercayaan lisan sudah menjadi tulisan,
Kepercayaan tulisan ini namanya dokumen perjanjian...

Dokumen perjanjian yang ingin ku ketengahkan bukan tentang surat wasiat,
Surat wasiat kena buat,ingat,kena buat wasiat,
Ingin diketengahkan ialah perubahan,
Orang dulu-dulu kepada generasi  baru-baru,

Hitam Putih
Cuba letak satu titik Hitam,
Letak atas kertas Putih,
Mana lebih diberi perhatian,
Titik hitam atau kertas putih?
Biasalah.......namanya pun,

Manusia..................


Sajak:Kata nak tanam pokok?

Kata nak tanam pokok?
Biar dari benih jadi pokok,
Biar besar sukar dipeluk,
Biar buah besar-besar penumbuk...

Tapi kenapa?
Diracun hati..dirosakkan akal,
Kata nak beramal,
Rupa-rupanya..cuma kata-kata mual..

Aku nak tanam pokok
Biar berbuah yang manis,
Biar..jadi tempat teduh daripada hujan gerimis,
Biar sejuk hati yang menangis..

Nak tanam pokok..
Bukan macam ini,
Bukan rosakkan anugerah Allah s.w.t bagi,
Kena jaga mata,kena bersih hati,

Biar..bila kita mati,
Pokok masih kuat berdiri,
Berbudi..kepada manusia yang masih hidup lagi,
Daun..buah..ranting..akar..oksigen yang dikeluar pokok jadi amal untuk kita nanti...

Kata nak tanam pokok???
Mana boleh ikut nafsu..biarlah yang menang nanti iman..dan pokok yang dijadikan amal...


Puisi Malam Yang Lesu Sekali

Malam ini lesu sekali,
Bukan malam itu yang lesu tetapi diri ini,
Merenung nasib..mengenang diri,
Sampai bila nak macam ini..

Betapa diri ingin sekali,
Berupaya bertahan dalam makan gaji,
Tidak berhenti walaupun dimaki,
Mungkin malam tidak lesu lagi.....

Malam ini lesu sekali,
Tidak ingin menyalahkan Tuan kepada diri,
Diri ini sentiasa yang awal berhenti,
Hingga malam lesu sekali...

Puisi..ya barangkali sukar merubah diri dengan hanya berpuisi..........

Tetapi tujuan diri ini berpuisi..selain melakukan cerminan diri..luahan hati...doa dan harapan kepada Tuhan.....

semoga diri ini kekal dalam pekerjaan bila sudah mendapatkan......begitu juga kalian.....pembaca puisi Malam Yang Lesu Sekali........amin.




                               

Bakar sampah........

Sampah....sisa-sisa yang dibuang,
Tiada lagi ada nilainya dipandang,
Maka dibakar..sehingga abu berterbang,

Sampah.....tiada lagi yang sudi memandang,

Bakar sampah,
Setelah mengemas dalam rumah dan luar rumah,
Ternyata membakarnya lebih mudah,

Timbunan sampah yang dikumpul.........

Alangkah mudahnya jika boleh buat benda yang sama,
Membakar peristiwa sedih dan kecewa,
Seperti membakar sampah...sehingga habis semuanya......

Pasti lebih mudah dan indah..............

Tetapi......menyimpan sedih,kecewa dan marah,
Sehingga berkumpul banyak seperti timbunan sampah
Lebih mudah....

Hendak membakar perasaan sengsara begitu susah.........

Membakar sampah...melukakan alam sekitar,
Tetapi...cara ini lebih pantas dan tidak sukar,
Maaf..alam..tiada niat berlaku kasar.........

Bolehkah peristiwa dukacita,muram dan sengsara dibakar jua???



Poem: Lost in Light

Image result for lost in light
             picture from google images


There is a boy,
Actually he already a man,
But for him, that just in his number of age,
Inside his mind, he firmly believe,
He still a boy,
That want to play everyday.

He live in  a crowded society,
Unfortunately,
It just consist of human,
Not humanity.
Be a man,
Face the realities now,
Change the way you are now,
Insists some of his friend,
The boy begin to feel,
Lost in light.

Along his walking,
He take a look,
In other people surroundings,
Some of them have reach checkpoint,
Wins a special prizes,
Have a smile,
In their face.

In his journey,
He ask himself,
The uncertain story,
That will happen.

However,
It seems just a repeat story,
He feels exhausted,
Keep going on the journey.

It seems happen,
Yesterday,
Just stand still,
And days gone day by day.

However,
This story about today,
Just keep walking,
Keep searching.

Every time he open his eye,
Still alive,
Still looking,
Meaning of life.

He hold his hand tight,
Keep it close to heart,
Hoping he will not get lost,
Lost in light.

written by: At-Tarmizi.
date been created: do not remember

*forgive me for any grammar errors, I still in learning process*