Pagis

Tuesday, October 31, 2017

Segment Thank You 200,000 Visitors

                   
klik banner untuk join =)



Monday, October 30, 2017

SURAT TERBUKA BUAT IBUBAPA SELEPAS KONVO



SURAT TERBUKA BUAT IBUBAPA SELEPAS KONVO
Image may contain: 4 people, people smiling, crowd

Ibubapa yang dikasihi dan dirahmati,
Jika hari ini anak kita baru sahaja bergelar graduan. Tahniah saya ucapkan.
Ini pandangan guru yang pernah mengajar mereka di dewan kuliah hingga bergelar graduan.

1. Zaman ini jangan terus berharap anak kita dapat kerja lepas habis belajar. Graduan tanpa kerja itu dah makin biasa, mintak mereka jangan putus asa dan kekalkan usaha.
Universiti Awam sahaja ada 21 buah dan Universiti Swasta ada 24. Zaman saya dulu ada 9 sahaja universiti awam sahaja.

2. Jika mereka ingin berniaga, jangan halang mereka. Beri mereka sokongan walau kita nak mereka kerja gomen sebenarnya. Maklumlah darah Melayu mengalir didada
Ramai yang berniaga online kaya raya, takkan makcik tak kenal Sajat yang buat bedak "Jangan Mengata"?

3. Jika mereka nak keluar dari bidang pengajian, jangan benci mereka. Ramai yang berjaya berbeza dengan bidang pengajian dulu kala. Belajar itu untuk ilmu bukan pekerjaan semata mata.

4. Anak anak hari ini dah terbeban dengan PTPTN, kita kena ingat sebab kita tak menabung dan asik layan Astora la anak kita kena berhutang belajar. Jangan mintak yang bukan bukan, mungkin abang mereka boleh bagi tapi mereka tidak lagi.

5. Jangan merungut nak besarkan dapur, anak ini tertekan dan akan buat pinjaman peribadi balas jasa ibubapa. Sekarang mungkin mereka tak rasa apa apa. Bila nak beli rumah pertama, baru mereka rasa bahangnya.
Nak bersungut, kita ibubapa mereka. Jauh disudut hati mereka terguris juga sebenarnya .

6. Janganlah mintak mereka beli kereta dulu. Jika mereka kata nak beli Honda atau Toyota, nasihatkan mereka tahan nafsu dulu.
Kesannya apa?
Jika mereka beli juga, kita dah tentu bangga, semua jiran bercerita pasal anak kita. Apakah itu yang kita dambakan dari jiran tetangga?
Kesan paling utama, mereka akan kurang beri 'sumbangan' untuk kita. Duit semua habis untuk selenggara kereta.
Jangan rasa malu anak kita naik Honda roda dua, dia baru habis belajar dan belum berjaya.

7. Jangan bandingkan mereka dengan abang, kakak, jiran, anak sedara yang lepas graduan DULU dapat kerja. Mereka hidup sebelum zaman GST, 1MDB, Permata Hati dan ada ancaman LGBT.
Zaman itu bajet negara belum cecah RM280 Billion lagi.
8. Bila anak sebut nak beli rumah pertama, sokonglah mereka. Jangan herdik dan kata "ish... Muda muda lagi buat apa beli rumah, bukan tahu nak kerja dimana", "Kau tu pompuan, nanti biar laki kau yang belikan. Cuci kaki lah dia nanti" sindiran begini sangat tajam, mohon jangan lakukan.
Beri sokongan yang tak berbelah bagi wahai ibubapa, mereka ini anak yang ada wawasan sebenarnya.
Zaman mereka berada dalam dewan kuliah telah berakhir, jika dulu mereka boleh tanyakan pensyarah. Sekarang kami serahkan kembali kepada ibubapa.
Jika ada yang kata pengajian di IPTA itu tidak penting, 84% golongan kaya yang tersenarai di Forbes itu adalah graduan universiti.
Tanggungjawab kami telah selesai, didiklah mereka kembali tentang hidup, kasih sayang dan kejayaan.
Ingat pesan ini, anak yang berjaya itu bukan mewah hidupnya tetapi doanya buat kita bertimpa timpa.
Azizul Azli Ahmad PhD
Pensyarah Kanan Universiti Awam
Bakal Jadi Abah Graduan

Sunday, October 29, 2017

Stesen seterusnya

Berdiri tegak setia menanti,
Transit aliran ringan belum tiba lagi,
Terus berdiri bersandar di tiang seri,
Sambil kipas angin di tiang menyejuk badan dan hati,
Orang sekeliling ada yang berdiri,
Ada yang duduk sendiri,
Ada yang berdiri berkelompok,tidak kurang ada yang bernafsi-nafsi,
Seperti diri ini di stesen ini...
Kadangkala telinga terdengar borak,
Barangkali lelucuan,
Sebab kadang mereka terbahak-bahak,
Asal jangan menang sorak,tapi rumah kena rompak...
Tren yang ditunggu akhirnya tiba,
Ramai manusia seperti mengejar masa,
Berjalan laju terkadang berlari,
Tidak hirau lagi siapa pun di sisi,
Sepanjang perjalanan,bermonolog dalam hati,
Setiap tren ada destinasi,
Sampainya di sesuatu stesen,
Ramai manusia menderu pergi,
Sedang diri ini masih tercari-cari,
Stesen hidup sendiri...
Stesen seterusnya?
Entahlah...moga bertemu juga akhirnya,
Stesen diri ini,
Mungkin satu hari nanti...

Saturday, October 28, 2017

Giveaway Besar Besaran By Intan Saffyna


klik gambar untuk join =)

~saya tag aidealfitri dan abam kie

Friday, October 27, 2017

BAJET 2018 HIGHLIGHT

 Image may contain: one or more people and text


sumber daripada page Oh Media

Join myStarjob.com Fair 2017, Nov 11 - 12


rasa macam nak pergi, mana tahu ada rezeki dapat kerja mana-mana =)

Thursday, October 26, 2017

Segmen Blogger Aktif 2017 | MRSZACOM

klik gambar untuk join =)

Wednesday, October 25, 2017

Sambutan Harijadi

Assalamualaikum w.b.t


Terima kasih atas kek ini, sebenarnya paksa anak-anak buah sambut harijadi pak sedara dia =)

Tulisan atas kek tu pun buat muka tak malu suruh kedai kek buat...

Tapi jujurnya, terima kasih kerana sudi menyambut harijadi saya....walaupun awal dua hari...


Gambar anak-anak saudara yang kena paksa sambut harijadi bapa saudara dia....







Tuesday, October 24, 2017

2ND GIVEAWAY ATIEHILMI.COM ft. 1ST DENTAL CLINIC



klik gambar untuk join =)

Sunday, October 22, 2017

Selamat Hari Lahir

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Hari Lahir buat diri sendiri,
Hari lahirnya ke dunia ini,
Terasa seperti baru lagi,
Belajar berdiri,berjalan dan berlari...

Selamat Hari Lahir diri sendiri,
Tiada kebanggaan yang boleh dikongsi,
Masih dalam perjalanan yang tak pasti,
Entah dimana berakhirnya destinasi...

Selamat Hari Lahir diri sendiri,
Selagi tak tutup mata ini,
Hidup berkiblat nafsu berahi,
Hanya merosakkan badan,runtuhnya rohani...

Selamat Hari Lahir diri sendiri,
Umur meningkat seusia lagi,
Maaflah sebab sampai ke hari ini,
Masih mencari-cari makna dalam hidup sendiri....

Selamat Hari Lahir diri sendiri,
Saat teman seusia sudah mula berlari,
Diri masih belajar untuk berdiri,
Betapa sedih dan pilunya hati...

Tidak perlu diingatkan berkali-kali,
Diri ini cukup mengerti,
Usia meningkat lagi dan lagi...
Tolong henti bandingkan mereka dengan diri,
Falsafahku mudah sekali,
Selagi diri tidak menyakiti,
Biarkanlah diri ini bernafsi-nafsi...

Selamat Hari Lahir diri sendiri....

Saturday, October 21, 2017

Take things for granted





Why I always take things for granted? =( 

Suddenly it become to late,

You always thinks,

Never mind, it still to early,

Suddenly it become to late,

You just realised it,

After eyes have been closed.....

Forever and ever.

Friday, October 20, 2017

TAK NAK SUNYI SEPI LAGI GIVEAWAY BY ASTRAVELER


klik gambar untuk join =)

Thursday, October 19, 2017

Lelaki yang suka menonton siri televisyen Desperate Housewives



Assalamualaikum w.b.t

Related image


Seperti tajuk post,  rancangan Desperate Housewives merupakan antara siri rancangan televisyen kegemaran saya.

Pelik ke kalau seorang lelaki suka menonton cerita ini?

Saya mula menonton cerita ini semasa bersekolah menengah...dalam tingkatan 2 atau tingkatan 3 rasanya kalau tak salah.....

Jujurnya, saya mula menonton cerita ini sebab tertarik dengan watak-watak seksi perempuan yang ada dalam rancangan ini, barangkali faktor usia yang sedang meningkat dewasa waktu itu...

Tetapi baru-baru ini saja saya berjaya menghabiskan menonton rancangan Desperate Housewives ini..

Cuma saya rasa agak berbeza kali ini kerana saya menonton bukan sebab tertarik dengan watak-watak seksi dalam cerita ini sebaliknya kerana unsur-unsur suspen,drama dan pelbagai konflik yang terdapat dalam cerita ini....

Barangkali faktor peningkatan usia, maka cara dan corak pemikiran sudah berbeza bila melihat atau menganalisis sesuatu perkara.......

Setiap episod diselitkan unsur-unsur komedi, suspen yang menarik minat untuk menonton episod yang seterusnya.....

Tetapi biasala cerita barat, pasti ada adegan dewasa, bukanlah adegan lucah cuma agak tidak sesuai bagi budak bawah umur seperti babak bercium.

Saya menonton cerita ini di website yesmovie...dekat website ini ada full episode bagi Desperate Housewives ini. Malah dekat website ada banyak lagi cerita-cerita best......

Boleh klik sini> yesmovie<


Salah dan pelikkah sekiranya lelaki suka menonton rancangan seperti Desperate Housewives ini?

Minat masing-masing kan =)

Wednesday, October 18, 2017

8 Tanda Nak Bunuh Diri

Image may contain: text


Image may contain: text


Image may contain: text


Image may contain: text


Image may contain: text


Image may contain: text


Image may contain: text



Image may contain: text

Sekiranya terdapat gejala atau simptom ini, boleh pergi ke page Suicide Rescue Team untuk pertolongan 

Untuk lebih maklumat lanjut mengenai tanda-tanda bunuh diri, boleh pergi ke page Suicide Rescue Team~


#ambilperhatian #ambilpeduli


Tuesday, October 17, 2017

Selamat Menyambut Hari Deepavali

Image result for deepavali 2017 malaysia


Sunday, October 15, 2017

Terima Kasih. Selamat Tinggal


Image result for bekazon tribute to lengkuas


Post kali ini istimewanya khas kepada kartunis Lengkuas... mungkin ada yang mengenali beliau,mungkin ada yang tak kenal beliau,


kartunis Lengkuas merupakan seorang kartunis dalam majalah Ujang...majalah yang pernah menjadi fenomena dan kegilaan masyarakat Malaysia satu ketika dulu.....

Saya secara peribadinya memang tak mengenali kartunis Lengkuas...hanya kenal beliau melalui lukisan-lukisannya dalam majalah Ujang....

Karya beliau yang paling popular ialah Mat Despatch...kisah seorang despatch yang sentiasa minta dua ringgit daripada bos dia... dan selepas meninggalnya arwah, baru diketahui bahawa watak Mat dalam cerita Mat Despatch merupakan kisah sebenar kartunis Lengkuas semasa bekerja sebagai despatch sebelum menjadi seorang kartunis. Perkara ini diketahui selepas Caron,salah satu watak dalam cerita Mat Despatch membuat pendedahan tersebut di facebook.

Selepas tutupnya majalah Ujang, kartunis Lengkuas dan para kartunis lain telah mengeluarkan satu lagi majalah yang diberi nama Bekazon......

Jadi untuk edisi Oktober, merupakan edisi tribute khas kepada kartunis Lengkuas...saya telah membelinya sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada arwah kartunis Lengkuas.

Saya juga telah membeli karya khas arwah kartunis Lengkuas, Yeob Peon daripada penulis majalah Ujang yang sangat akrab dengan arwah kartunis Lengkuas,dan merupakan adik ipar kepada kartunis Lengkuas iaitu penulis Sabrie Sab....sekarang saya tengah menunggu majalah Yeob Peon tu sampai rumah saya. Bila dapat nanti mungkin saya akan buat satu lagi post tentang majalah Yeob Peon tu pula...


Terima kasih kartunis Lengkuas kerana telah menghiburkan kami satu ketika dulu...........

Saya harap post-post yang ada di blog ini juga dapat memberi faedah kepada saya sekiranya saya meninggal nanti...... seperti kartunis Lengkuas yang telah meninggalkan karya-karya yang menghiburkan kami dahulu.

Semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman kartunis Lengkuas @ Zainuddin Saleh.

insya-Allah.

amin.

Friday, October 13, 2017

Koleksi Kegemaran

Assalaamualaikum w.b.t

Semua orang rasanya mempunyai kegemaran tersendiri. Seperti gemar mengumpul barangan antik, unik, ada juga yang gemar mengumpul barangan yang dijadikan koleksi tetapi sukar difahami tujuan koleksi itu. Contoh paling mudah, mak saya suka mengumpul pinggan dan dijadikan koleksi yang disimpan dalam almari. Sehingga ke harini, saya tidak faham, bukankah lebih elok sekiranya pinggan itu digunakan?

Okey, berbalik kepada koleksi kegemaran, saya juga mempunyai kegemaran untuk mengumpul komik, tapi bukanlah semua komik, yang spesifiknya ialah komik Jepun iaitu "Eyeshield 21", "Kisah Ahli Bomba-Asahina Daigo dan lain-lain lagi.

Image result for eyeshield21


Ringkasan komik "Eyeshield21" ialah mengenai seorang pelajar lemah yang selalu dibuli, Kobayakawa Sena, tetapi satu kebolehan beliau ialah mampu berlari dengan laju...jadi Sena yang pada awalnya menyertai Kelab Bola Sepak Amerika  Sekolah Tinggi Deimon,nama pasukan mereka, Deimon Devil Bats sebagai pengurus pasukan tetapi Sena kemudiannya telah menjadi sebagai seorang pemain penting dalam pasukan Deimon Devil Bats yang diasaskan oleh tiga pelajar senior, Hiruma Yoichi, Kurita Ryukan, serta Gen Musashi dan dilatih oleh jurulatih Doburaku Sensei...

Cerita ini memang seronok kerana merupakan komik mengenai sukan bolasepak Amerika, yang tak pernah main dan tak faham sukan ini(sayalah tu) pun akan jadi faham sikit-sikit lepas baca komik ini. 

Memang seronok komik ini, tetapi sukar sedikit nak jumpa komik ini di Malaysia...yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu...di Kinokuniya,KLCC ada komik ini, tetapi dalam bahasa Inggeris dan harganya kalau tak salah saya dalam 30 ringgit ke atas. Sekarang ini tengah usaha cari dalam facebook kalau ada yang berminat nak jual komik "Eyeshield 21 ini untuk saya lengkapkan koleksi komik ini.
Image may contain: people sitting and indoor
gambar ini bukan koleksi saya,saya ambil daripada grup jual beli komik, terliur tengok koleksi ini,

Satu lagi komik ialah Asahina Daigo atau Kisah Ahli Bomba....komik ini seperti tajuk dia ialah mengenai liku-liku cabaran yang dihadapi Asahina sebagai ahli bomba.... Asahina sebenarnya merupakan pelajar bermasalah di sekolah yang tidak mempunyai sebarang cita-cita dalam hidup, tetapi sebenarnya semasa kecil dia pernah diselamatkan oleh seorang ahli bomba semasa rumah Asahina terbakar.... Asahina sebenarnya hendak menyelamatkan anjing dia semasa kebakaran tersebut tetapi dia sendiri kemudiannya hampir mati akibat asap dan api yang marak tetapi mujur berjaya diselamatkan oleh ahli bomba lagenda tersebut. 

Image result for asahina daigo siren

Semenjak daripada peristiwa itu sebenarnya Asahina meletakkan cita-cita hendak menjadi ahli bomba cuma di sekolah dia dianggap sebagai pelajar bermasalah dan seolah-olah tidak mempunyai halatuju dalam hidup. Tetapi cikgu di sekolah beliau, Cik Ochiai telah berjaya merubah Asahina dan membuatkan Asahina kembali mengejar cita-citanya menjadi seorang ahli bomba.

Komik ini memang penuh dengan unsur suspen dan ada juga diselitkan unsur komedi, memang mendebarkan kalau baca komik ini...

Komik ini saya berjaya lengkapkan dengan membelinya daripada seorang kawan facebook dalam grup jual-beli komik...cuma bahasa Melayu yang digunakan dalam komik ini ialah bahasa pasar...jadi memang rasa kelakar sedikit bila baca dialog dalam komik ini.

Jadi komik merupakan antara koleksi kegemaran saya, lain orang lain minatnya, ada yang suka mengumpul novel, kalau yang minat artis tertentu, mereka akan mengumpul barangan seperti poster,album, baju dan lain-lain lagi yang akan menunjukkan minat mereka terhadap artis itu.

Perasaan bila dapat melengkapkan sesuatu koleksi itu merupakan satu kepuasan yang hanya pengumpul itu sendiri yang memahaminya....bagi orang lain mungkin kegemaran mereka mengumpul sesuatu hanya membuang masa dan wang ringgit tetapi bagi mereka ada sebab tersendiri sama ada koleksi itu dapat dijadikan pelaburan masa hadapan atau juga sebab lain yang hanya mereka sendiri mengerti.

Koleksi kegemaran anda pula? sudi-sudilah kongsi ya...mana tahu lepas ni saya berminat nak kumpul macam koleksi anda... =)

Thursday, October 12, 2017

October Book Giveaway by Blog Siqahiqa


nak join klik sahaja gambar =)

p.s-harap dapat menang buku "How To Be Interesting" 

Wednesday, October 11, 2017

Giveaway Refresh Blog






Assalamualaikum w.b.t


Jom join segmen giveway refresh blog anjuran blogger Sha...

Syarat nak join mudah sahaja...dan antara syarat kena tulis lagu yang menjadi kegemaran kita...

Jadi lagu yang menjadi kegemaran saya....banyak sebenarnya...tapi kebanyakkannya lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Ramli Sarip/Sweet Charity... antara lagu yang saya minat "tangan-tangan amal, orang kota, batu, teratai, kamelia, musafir rindu dan banyak lagi....

Tapi untuk segmen ini, saya nak kongsikan lagu yang bagi saya menarik didengar...maksud yang agak mendalam juga lah...saya tak faham sangat maksud lirik lagu ini cuma seronok sahaja didengar..

Lagu ini merupakan OST bagi filem atau drama...tak pasti pula...tajuknya Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman...tak pernah tengok lagi cerita ini...kalau tengok dekat klip musik ini nampak macam cerita sedih....

Lagu bertajuk Orang Tua Bersidi Sakti
Penyanyi: Ramli Sarip


OST Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman.


orang tua bersidi sakti
asal pucuk pujangga songsang
berbapakan ratu
beribukan suri
berlidah fasih
berlelangit hitam
berdarah putih
berbulu roma songsang
tika hujan tidak berpayung
ribut petir tidak berlindung
berpencak sendiri
di gelanggang sepi
menadah terjah dengan dada
memacu gelombang ke pantai terbuka

dialah si tua bersidi sakti
yang sesat dalam kelana
penuh misteri
terbelit dalam lingkaran hari

mana realiti
mana ilusi

dialah si tua bersidi sakti
mengheret derita
dan menggalas mimpi
mencari dan terus mencari
titik penamat segala rawi

mencari dan terus mencari
titik penamat segala rawi

mencari dan terus mencari
titik penamat segala rawi

Sunday, October 8, 2017

Dalam gerabak

Tajuk : Dalam gerabak

Dalam gerabak yang sedang bergerak,
Melihat manusia yang pelbagai tingkah dan lagak,
Sepasang kekasih melangkah masuk ke gerabak,
Suasana sunyi dalam gerabak
Bertukar bunyi kepada suara mesra si gadis jelita,
Seolah beritahu semua manusia dalam gerabak,
Di sisinya, sang arjuna hak mutlak miliknya,

Dalam gerabak yang sedang bergerak,
Dalamnya ada manusia tapi belum tentu ada jiwa.
Sampainya ke stesen yang hendak dituju,
Kaki melangkah laju,
Keluar ke pintu,
Buat sepasang kekasih itu,
Ucapan khas dariku buatmu,
Selamat pengantin baru.

Wednesday, October 4, 2017

Kelas Tahanan



Assalamualaikum w.b.t.

Image result for school detention
sumber gambar: google images.



Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca "post" di blog ini..

Semenjak kebelakangan ini, pelbagai isu yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah...

Isu daripada larangan guru merotan pelajar hinggalah kepada isu jenayah yang dilakukan pelajar sekolah.

Pelbagai pendapat dan pandangan yang diberikan....oleh itu saya juga ingin berkongsi pendapat mengenai isu ini di blog saya ini....

Berbalik kepada isu larangan guru merotan pelajar, barangkali sistem pendidikan kita meniru sistem pendidikan barat...di mana terdapat larangan guru merotan pelajar...kalau kita tengok cerita "orang putih" biasanya kita dapat lihat di mana pelajar yang bermasalah tidak akan dirotan oleh guru mereka.

Tetapi sebaliknya, mereka akan dikenakan kelas tahanan atau dalam bahasa inggeris, "detention class"...di mana selepas habis waktu persekolahan mereka akan ditahan dan duduk berseorangan bersama-sama guru mereka... maka akan bermula seisi kaunseling...guru akan cuba mencari punca dan sebab mengapa murid tersebut menjadi bermasalah...

Secara jujur, saya berpendapat konsep ini agak bagus tetapi sesuai dan bolehkah di amalkan di Malaysia?

Sekiranya seorang guru memberitahu kepada ibu bapa pelajar yang anak mereka dikenakan kelas tahanan, bagaimanakah reaksi mereka? Pada pendapat saya, mereka akan merasa marah dan tersinggung kerana perkataan tahanan itu sendiri memberi definisi yang anak mereka melakukan kesalahan berat dan seolah-olah penjenayah yang ditahan.

Barangkali mereka akan menyerang guru dan memarahi pihak sekolah... tetapi barangkali juga ada ibu bapa yang memahami tujuan pelaksanaan kaedah seperti itu...cuma barangkali nama itu perlu ditukar daripada dikenakan kelas tahanan kepada seisi kaunseling...

ya, di negara kita, Malaysia sudah wujud seisi kaunseling ini....tetapi berdasarkan pengalaman saya sendiri yang dikenakan kelas kaunseling semasa sekolah...bagi saya tidak begitu berjaya...Hal ini kerana guru kaunseling sekolah saya waktu itu lebih berminat mengurat pelajar perempuan di sekolah saya berbanding benar-benar mengambil perhatian terhadap masalah pelajar...

Tetapi itu pengalaman saya, saya percaya ramai lagi guru kaunseling di Malaysia yang benar-benar komited terhadap tugas mereka.....dan ramai yang telah berjaya membantu pelajar keluar daripada masalah mereka dengan mendengar masalah mereka dan bukannya sekadar memberi majalah untuk dibaca kepada pelajar yang dikenakan kelas tahanan sementara menunggu seisi tersebut habis.

Kesimpulannya, pada pandangan saya sekiranya kita ingin mengaplikasi kelas tahanan di sekolah barangkali kita perlu mempunya "mindset" yang betul serta kaedah yang betul sekiranya ingin melaksanakan sistem pendidikan seperti ini.

Ini hanyalah pendapat peribadi saya, saya berharap agar pembaca atau sesiapa sahaja yang terbaca "post" ini dapat memberi pendapat dan pandangan mereka.

Moga ada manfaatnya "post" kali ini...

Insya-Allah...

amin.