Pagis

Tuesday, January 24, 2017

Contest SEO : Belajar Buat Blog


Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Zaman sekarang arus teknologi semakin pesat.

Kewujudan media sosial menjadikan dunia digital semakin merubah gaya dan corak hidup masyarakat.

Kepesatan ini juga menyebabkan media sosial yang dahulunya pernah gah semakin lenyap akibat persaingan media sosial lain yang lebih menjadi pilihan. Contohnya, laman sosial myspace lenyap akibat kewujudan facebook.

Tetapi, saya berpendapat blog masih lagi sebuah medium media sosial yang masih boleh diterima pakai kerana identiti jenama blog itu sendiri selain mempunyai komuniti tersendiri yang menarik minat seseorang menjadi blogger, contohnya saya sendiri yang memilih untuk menjadi seorang blogger. Proses belajar buat blog dan menjadi seorang blogger bagi saya merupakan satu perjalanan yang menarik.

Mempunyai blog,belajar buat blog atau menjadi seorang blogger masa kini bukanlah satu perkara baru. Pendedahan mengenai blogger-blogger yang berjaya menjadi personaliti sehingga menjadikan blogger sebagai kerjaya sepenuh masa ternyata menarik minat banyak golongan untuk menjadi seorang blogger.

Saya sendiri, secara jujur, niat untuk menjadi blogger bertitik tolak bermula dengan niat untuk sekadar berkongsi kisah, atau secara ringkasnya mempunyai diari atas talian, sebab agak janggal bagi seorang lelaki untuk mempunyai diari peribadi, di mana secara umumnya, golongan perempuan yang lebih berminat untuk mempunyai diari peribadi,selain disebabkan saya percaya kalau saya menggunakan carai konvensional untuk menulis diari, dua kemungkinan besar yang akan jadi kepada diari saya, ialah hilang atau saya hilang semangat(malas) untuk terus menulis. Maka, saya mengambil keputusan untuk belajar buat blog, mewujudkan sebuah blog dan menjadi seorang blogger.

Jadi, dengan mempunyai blog, maka tidak wujud risiko untuk saya hilang diari dan akan lebih memberi semangat untuk saya terus menulis.

Baik, zaman sekarang ini dengan menggunakan blog turut membolehkan seseorang itu meraih pendapatan, sama ada secara sampingan atau memilih untuk menjadi seorang blogger sepenuh masa.
Tetapi memerlukan usaha, ilmu dan kemahiran dalam memastikan perkara ini berhasil.

Saya tidak mempunyai ilmu blog yang hebat untuk ditulis, tetapi saya percaya dengan berbekalkan sedikit pengalaman saya menjadi seorang blogger, sedikit sebanyak dapat membantu kepada mereka yang dalam usaha untuk belajar buat blog.

Sedikit cara atau tips yang boleh dikongsikan kepada mereka yang sedang belajar buat blog:

1) Menyertai pertandingan yang dianjurkan blogger lain. Sebagai contoh, blog coretananuar.com kini menganjurkan pertandingan CONTEST SEO:Belajar buat blog.  Maka ini merupakan peluang untuk blogger meningkatkan tahap penulisan di samping memperolehi pendapatan sampingan.




2) Rajin berblogwalking ke blog-blog lain. Walaupun kita mempunyai blog, tetapi dengan membaca blog-blog yang ditulis blogger lain akan memberi manfaat kepada kita. Selain kita dapat meningkatkan ilmu, kita juga dapat menambah kenalan blogger, selain meningkatkan bilangan pengunjung dan followers di blog kita.

3) Rajin menulis. Hal ini nampak mudah, tetapi hakikat sebenarnya tidak begitu. Menulis di blog merupakan satu komitmen yang harus diberi perhatian dan tumpuan secukupnya. Tetapi, kebiasaannya, terdapat komitmen lain yang harus kita beri tumpuan dan keutamaan seperti hal keluarga, masalah peribadi dan pelbagai urusan lain yang menyebabkan kita berasa agak sukar untuk menulis di blog.

Kesimpulannya, belajar buat blog, adalah sama seperti proses kita belajar benda-benda lain, ianya memerlukan niat  yang betul, kemahuan untuk melakukannya, serta sebab yang kukuh untuk terus melakukannnya. Analoginya, sama seperti kita ingin belajar memandu kereta, kita perlu mempunyai niat yang betul, kemahuan dan komitmen untuk belajar memandu, semangat untuk belajar memandu dan mempunyai kemahiran memandu walaupun kita mungkin akan berasa kekok di permulaan proses pembelajaran itu.

Satu perkara yang ingin saya kongsi, selain peringatan terhadap mereka yang dalam proses belajar buat blog termasuk saya sendiri, tulislah perkara yang memberi manfaat kepada orang ramai, bukannya menggunakan blog sebagai satu medium untuk menghancurkan sesuatu pihak atau individu, tulislah dengan niat dan harapan ianya akan menjadi satu manfaat dan berguna kepada ramai pihak. Semoga dengan hasil penulisan di blog kita akan merubah kehidupan sama ada kepada diri sendiri atau kepada sesiapa sahaja menjadi lebih baik, lebih harmonis,serta yang lebih utama menjadi bekal kepada kita di dunia dan akirat.

Saya percaya menulis dengan jiwa yang ikhlas akan terasa lebih puas.

p:s- entri ini merupakan post bagi tujuan pertandingan Contest SEO : Belajar Buat Blog

contest ini turut disertai oleh:



  1. CALRASEPATRICK
  2. NONASANI 
  3. MISSOBSESI 
  4. SAYIDAHNAPISAH 




semoga ada manfaatnya "post" kali ini.

insya-Allah....

amin.

27 comments:

Ahmad Hasif said...

semoga berjaya yer mizi...
betul tu nk update selalu tu agak sukar contoh mcm sy ni ha hampir sebulan terbiar blog tu tempohari sbb kesibukkan yang melanda.. Alhamdulillah sekarang dh selesai, tak sabar nak menaip blog semula.. :)

Nur Khairul Azizi Mohamad said...

Good luck yer Tarmizi :)

calrase patrick said...

Semoga berjaya Tarmizi

CikLa Shahril said...

Nice sharing... good luck Mizi..

Farrah MF said...

Selamat maju jaya, Tarmizi.

1001petua.com said...

gud luck kpd smua peserta.. SEO bkn ssuatu yg mudah tp berbaloi lau pndai.. :D

p/s : hi... sy dtg blogwalking dan sy dh follow blog comel awk ni.. hope awk sudila juga follow blog baru sy ye.. :D ty..
banyak info menarik yang saya kongsikan di www.1001petua.com .. InsyaAllah, awk pasti tak kan menyesal.. :D

Hanafi Abdullah said...

semoga berjaya dalalm kontest seo belajar buat blog....tahniah dari saya

Hiburan Sabah said...

Semoga berjaya.

Mohon tunjuk ajar blogger baru seperti saya ;-) . Salam perkenalan...

kamilsalleh 2 said...

Tahniah.... Berjaya tulis dengan baru dalam contest ini. Sama-sama kita belajar dan menuntut ilmu yang banyak dan berkongsi kepada orang lain pula.

Semoga berjaya ya Tarmizi.

At-Tarmizi said...

Ahmad Hasif terima kasih, semoga kita semua terus berjaya dalam blog :)

At-Tarmizi said...

Nur Khairul Azizi Mohamad thank you :)

At-Tarmizi said...

calrase patrick terima kasih :)

At-Tarmizi said...

CikLa Shahril thank you :)

At-Tarmizi said...

Farrah MF terima kasih :)

At-Tarmizi said...

1001petua.com terima kasih, memang SEO bukan benda yang senang :)

At-Tarmizi said...

Hanafi Abdullah terima kasih :)

At-Tarmizi said...

Hiburan Sabah terima kasih, saya pun masih belajar juga :)

At-Tarmizi said...

kamilsalleh 2 terima kasih :) insya-Allah..amin. :)

galaksi viral said...

Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ni. :)

At-Tarmizi said...

galaksi viral salam perkenalan...terima kasih :)

Hasrul Hassan said...

Terima kasih atas tips belajar buat blog yang dikongsikan. Harapnya ramai boleh ikuti tips blogging dan belajar cara betul buat blog.

Jika ikut panduan, tips, teknik yang betul, boleh jana income kerja dari rumah sahaja dengan tulis blog ni.

Cukai Pendapatan said...

sangat bermanfaat!

http://kiracukaipendapatan.blogspot.my/2017/02/penghantaran-borang-cukai-tahun-2016.html

Jie Susanos said...

rasanya ramai blogger2 di Malaysia mempunyai jiwa dalam penulisan blog..huhu.. seperti tuan anuar yang terbitkan ebook belajar buat blog..

Laras Riswana said...

VIPQIUQIU99.COM AGEN JUDI DOMINO ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA

Kami VIPQIUQIU99 AGEN JUDI DOMINO ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA mengadakan SEO Kontes atau Kontes SEO yang akan di mulai pada tanggal 20 Januari 2017 - 20 Mei 2017, dengan Total Hadiah Rp. 35.000.000,- Ikuti dan Daftarkan diri Anda untuk memenangkan dan ikut menguji kemampuan SEO Anda. Siapkan website terbaik Anda untuk mengikuti kontes ini. Buktikan bahwa Anda adalah Ahli SEO disini. Saat yang tepat untuk mengetest kemampuan SEOAnda dengan tidak sia-sia, hadiah kontes ini adalah Rp 35.000.000,-

Tunggu apa lagi?
Kontes SEO ini akan menggunaka kata kunci (Keyword) VIPQIUQIU99.COM AGEN JUDI DOMINO ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA Jika Anda cukup percaya akan kemampuan SEO Anda, silahkan daftarkan web terbaik Anda SEKARANG JUGA! Dan menangkan hadiah pertama Rp. 10.000.000. Keputusan untuk Pemenang Akan di tentukan dengan aturan kontes SEO yang dapat dilihat di halaman ini.

Tunggu apa lagi? Ikuti kontes ini sekarang juga!

CONTACT US
- Phone : 85570931456
- PIN BB : 2B48B175
- SKYPE : VIPQIUQIU99
- FACEBOOK: VIPQIUQIU99

Hero Borneo said...

ramai yang mahir dan mempunyai penulisan yang cukup hebat...

suka saya membacanya

umi adam faris said...

terima kasih...info yang sangat berguna

umi adam faris said...

terima kasih...info yang sangat berguna

Post a Comment