Pagis

Wednesday, October 26, 2016

Jangkitan kuman



Dengan nama Allah s..w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi....



Image result for sick


Buat masa sekarang...telinga terkena jangkitan kuman...

Bengkak...dan bernanah..........

Pening dan kadangkala telinga terasa sakit...........

Sudah pergi klinik..........

Diberi tempoh masa seminggu untuk menghabiskan ubat yang diberi.......

Jika tiada kesan positif maka harus dirujuk ke hospital.......

Doakan saya semoga cepat sembuh.............

Tidak larat rasanya menahan sakit kepala dan telinga ini.........

Moga diberi kesihatan yang baik kepada kita semua.......

insya-Allah....

amin.

Wednesday, October 19, 2016

My First Birthday Giveaway by Miamorzafirah




       klik banner untuk join =)

Monday, October 17, 2016

LAWAK AWEK ADA HUTANG PTPTN



                                                   tips bayar hutang PTPTN-Klik sini


Sunday, October 16, 2016

Giveaway Salam Perkenalan By Mashitah Mamat


 Klik banner untuk join =)

Friday, October 14, 2016

Hadiah Segmen Giveaway Cik Purple

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi


Syukur.....hadiah bagi segmen giveaway Cik Purple dah sampai.....

APPLELADY ROUND SERIES CONTAINER (3 IN 1)



Sebenarnya hadiah ini sudah sampai hari Isnin lagi tetapi disebabkan urusan-urusan lain yang menyebabkan masa untuk menulis di blog ini agak terbatas maka baru berkesempatan untuk menulis mengenai hadiah yang diterima.

Maka,sesampainya hadiah ini di rumah ini,orang yang paling teruja ialah mak saya. Mak saya cukup suka dengan hadiah ini. Lebih-lebih lagi bila mak saya tahu ianya merupakan sebuah hadiah dan bukan dibeli.

Terima kasih yang tak terhingga kepada Cik Purple kerana sudi menganjurkan giveaway ini,harapnya lepas ini lebih banyak giveaway yang akan dianjurkan oleh Cik Purple dan blogger-blogger lain.

Semoga lepas ini Cik Purple,saya dan rakan blogger lain akan bertambah rezeki.

Tujuan saya menulis mengenai hadiah ini juga bukan untuk menunjuk-nunjuk cuma untuk berkongsi perasaan gembira serta ingin mengucapkan terima kasih kepada penganjur kerana sudi membuat giveaway.

Sekali lagi berbanyak terima kasih kepada Cik Purple kerana sudi menganjurkan giveaway ini.Semoga lepas ini saya dan rakan blogger lain akan lebih bersemangat untuk menyertai giveaway yang diadakan oleh blogger-blogger lain.

Semoga ada manfaatnya "post" kali ini,

insya-Allah.....

amin.

Tuesday, October 11, 2016

Segmen Jom Exchange Link by Mellya Crayola


klik banner untuk join =)

Monday, October 10, 2016

Time for Giveaway



klik banner untuk join =)



Saturday, October 8, 2016

Nikmat makan

Moga kita semua masih dikurniakan rezeki makanan.

Thursday, October 6, 2016

Belajar berenang

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Sebenarnya saya tidak tahu berenang...malu juga sebab saya dilahir dan dibesarkan di kawasan kampung yang berdekatan dengan laut tetapi tidak tahu berenang....

Hari ini berkesempatan untuk pertama kalinya pergi ke kolam renang yang terletak dalam kawasan Stadium Hang Jebat,Melaka....

Sebenarnya saya tidak tahu pun mengenai kewujudan kolam renang ini yang dibuka untuk orang awam...cuma bila saya melihat di laman facebook kawan saya,Shazuan(Wan) mengenai aktiviti berenang yang selalu dilakukannya bersama kawan saya seorang lain Aizat(Izat) setiap hari Khamis maka saya berminat untuk menyertai mereka........

Seawal jam 8.30 pagi,saya dan Izat sudah bertolak ke stadium sementara Wan terus sahaja dari rumahnya ke stadium............

Sampainya di sana,sudah agak ramai orang berada dalam pusat renang....rata-ratanya ahli keluarga dan juga remaja yang kelihatan di situ.........


gambar sepanjang aktiviti berenang di Pusat Akuatik Stadium Hang Jebat,Melaka


Pusat renang ini dibuka setiap hari Selasa hingga Ahad,dan ditutup pada hari Isnin.Manakala bayaran yang dikenakan pula ialah sebanyak rm 5.00 seorang(tidak pasti pula harga untuk kanak-kanak berapa). 

Manakala,baju dan seluar pula harus menggunakan baju dan seluar yang digunakan khas untuk berenang. Sekiranya pengunjung tidak mempunyai baju dan seluar renang,maka baju dan seluar renang juga boleh disewa di pusat renang Melaka ini. Harganya pula tadi saya dan Aizat perlu membayar sebanyak rm 19 untuk dua orang dewasa..........

Terdapat juga kelas berenang yang ditawarkan kepada orang awam. Harganya ialah rm 350 bagi setiap seorang dan kelas akan dijalankan sebanyak 10 kali. Manakala kelengkapan untuk aktiviti renang seperti baju dan seluar,serta cermin mata renang turut diberikan. Pelajar juga boleh menyusun sendiri waktu dan masa untuk mereka menghadiri latihan kelas renang tersebut.

Sepanjang saya dalam kolam renang, Izat dan Wan banyak memberi tunjuk ajar cara-cara untuk saya berenang. Masih jauh dan lama lagi untuk saya boleh berenang tetapi satu hari nanti jika diizinkan oleh-Nya,maka saya akan tahu cara-cara untuk berenang.

Sedikit perkongsian video yang diambil daripada Youtube dan dikongsikan Izat kepada saya,saya kongsikan di sini:



semoga ada manfaatnya "post" kali ini....

insya-Allah....

amin.

Wednesday, October 5, 2016

Segmen Tambah Follower Blog Penselduabee


klik banner untuk join =)



Monday, October 3, 2016

Menang Giveaway Tunai By Ahmadhasif.my


Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Syukur kepada-Nya, saya telah terpilih antara salah seorang pemenang giveaway tunai by ahmadhasif.my..... giveaway ini berkaitan mengenai kemerdekaan negara.

Walaupun saya tidak berjaya menang hadiah tunai tetapi tersenarai antara pemenang sudah cukup menggembirakan........saya dapat nombor 10........dan saya berjaya mendapat hadiah template blog....

senarai pemenang segmen giveaway tunai by ahmadhasif.my

Terima kasih kepada tuan blogger kerana sudi menganjurkan giveaway....

ini lukisan saya sempena giveaway ini~






Terima kasih sekali lagi kepada tuan blog kerana sudi menganjurkan giveaway...

Semoga rezeki tuan blog,pembaca atau sesiapa yang terbaca blog ini dan saya semakin bertambah...

Semoga ada manfaatnya "post" kali ini..........

insya-Allah....

amin.

Sunday, October 2, 2016

Salam Maal Hijrah 1438 Hijrah/2016



Saturday, October 1, 2016

Menang Giveaway By Cik Purple



Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi...

Alhamdulillah, syukur kepada-Nya saya telah terpilih antara pemenang bagi segmen Giveaway By Cik Purple....ini link ke segmen Giveaway By Cik Purple,klik sini> giveaway by cik purple<


Saya merupakan peserta yang ke 25....dan syukur,nombor penyertaan saya itu telah terpilih.....ini linknya~http://muslimahsejati96.blogspot.my/2016/09/pemenang-giveaway-by-cik-purple.html

Hadiah  yang saya menangi ialah:


sumber gambar:http://muslimahsejati96.blogspot.my/2016/09/senarai-hadiah-giveaway-by-cik-purple.html

APPLELADY ROUND SERIES CONTAINER (3 IN 1)




Terima kasih lagi sekali kepada Cik Purple kerana sudi menganjurkan giveaway dan telah memilih saya antara salah seorang pemenang....

Syukur kepada-Nya atas rezeki dan peluang ini....

Semoga selepas ini makin bertambah rezeki penganjur Giveaway, saya dan pembaca atau sesiapa sahaja yang terbaca blog ini...

semoga ada manfaatnya "post" kali ini....

insya-Allah....

amin.