Pagis

Monday, May 30, 2016

Gambar dan kenangan sepanjang 2 bulan "Soft-Skills" SL1M- TM

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...



Menyertai pertandingan bola tampar untuk karnival sukan



Menyertai aktiviti team-building


Hari pendaftaran

Seisi ceramah agama


Housemate saya



Banyak lagi sebenarnya..cuma tak ada gambar...tak apalah...ianya tetap menjadi sejarah dan kenangan dalam hidup saya....


Doakan yang baik untuk kami semua.....dan saya mendoakan yang terbaik untuk semua yang membaca atau terbaca "post" di blog saya ini........

Moga ada manfaatnya "post" kali ini........

Insya-Allah...

amin.



Saturday, May 28, 2016

Tamat Soft-Skills 2 Bulan Di MMU Melaka

Dengan nama Allah s.w.t  yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...





Syukur..selesai sudah "soft-skills" 2 bulan di Multimedia Universiti Melaka(MMU)

Pelbagai perkara yang dilalui sepanjang tempoh hampir lapan minggu mengikuti fasa pertama dalam SL1M Telekom Malaysia ni....

Menyertai pertandingan sukan,aktiviti team-building,melakukan khidmat kerja sosial dan pelbagai lagi.........nanti akan saya ceritakan dengan lebih lanjut dalam "post" yang lain..insya-Allah..

Ada perkara yang menyeronokkan dan ada juga yang menyedihkan...biasalah tu.......tapi yang pasti keseronokkan itu lebih mengatasi kesedihan........

Kini perlu melalui satu lagi tahap iaitu menjalani latihan praktikal selama 6 bulan di Kuala Lumpur...ini merupakan tahap yang lebih penting untuk dinilai.........sekiranya ada rezeki maka dapatlah diserapkan menjadi staff Telekom Malaysia...tetapi sukar kerana peserta SL1M TM yang sebelum ini tiada seorang pun yang diserap masuk...........tak mengapalah........pergi sahaja mencuba nasib dan menimba pengalaman.........

Pertama kali dalam hidup akan menetap di Kuala Lumpur...........tidak pernah pergi pun sebelum ini kecuali semasa abang bergraduat di PWTC........tak mengapalah........cuba sahaja.......bukannya lama cuma enam bulan sahaja............doakan keselamatan dan kejayaan saya di sana.............moga selamat semuanya..insya-Allah.........

Saya akan menjalani latihan praktikal di Kolej Multimedia Kuala Lumpur,Jalan Semarak.......di bahagian sumber manusia.........antara sebab utama saya ingin meneruskan latihan ini.......dapat praktikal di bidang yang saya belajar~sumber manusia.........

Jadi perancangan saya sekarang ini>

1)Habiskan praktikal selama 6 bulan

2)Balik mintak kerja di hotel@mana-mana dalam bidang sumber manusia(1 tahun kerja)

3)Buat "master" dalam sumber manusia(2 tahun belajar)

4)Mohon jadi pensyarah

Sekiranya ada rezeki dapatlah saya mencapai cita-cita menjadi pensyarah.........

Tetapi ini semua hanyalah perancangan...dalam kertas semua nampak mudah.......hakikatnya Yang Maha Kuasa jua yang menentukan............


Doakan kebaikkan untuk diri saya dan saya juga mendoakan sesiapa sahaja yang membaca atau terbaca "post" di blog saya ini berjaya dunia dan akhirat....amin.

Moga ada manfaatnya "post" kali ini...

Insya-Allah...

amin.


Wednesday, May 11, 2016

Birthday Giveaway by Wanaseoby.com

Monday, May 2, 2016

Post pertama bulan Mei

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...




Syukur....dapat juga update blog.......lama juga rasanya tidak menulis di blog........semasa dalam kursus SL1M....tempat penginapan saya tidak mempunyai akses wifi internet.......kecuali semasa dalam kampus sahaja....tetapi disebabkan sibuk dengan kelas,maka blog ini tidak dapat diupdate...

Sekarang ini,saya sedang bercuti selama 3 hari kerana menyambut Hari Pekerja.......maka dapatlah saya menulis blog di rumah.......

Pejam celik...saya hanya tinggal beberapa minggu sebelum kursus soft-skill SL1M ini tamat pada 27 Mei 2016.........selepas itu saya akan menjalani latihan praktikal di Telekom Malaysia selama 6 bulan........

Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan...........

Perancangan saya sekarang ini ialah menghabiskan soft-skill...menjalani latihan praktikal dan harapnya saya ditempatkan di bahagian Sumber Manusia...bersesuaian dengan bidang saya belajar........

Sekurang-kurangnya jika saya tidak diserap masuk ke Telekom Malaysia,saya sudah mempunyai sedikit pengalaman dalam bidang sumber manusia.......jadi saya boleh memohon kerja di tempat lain....contohnya di hotel atau di kilang..........

Sepanjang tempoh belajar modul soft-skill banyak perkara atau ilmu baru yang saya perolehi...pelbagai pengalaman yang dilalui....antaranya menyertai aktiviti team-building......nanti saya akan ceritakan lebih lanjut mengenai pengalaman saya dalam aktiviti team-building,pengalaman menyertai SL1M dalam post yang lain...insya-Allah jika diizinkan oleh-Nya........

Rindu betul nak menulis blog............akhirnya dapat juga saya update blog.....

Doakan semoga saya selamat menjalani latihan SL1M ini...dipermudahkan segala urusan dan perancangan.........

Saya juga ingin mengambil kesempatan dalam post pertama bulan Mei ini dengan mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua....

moga ada manfaatnya "post" kali ini...

insya-Allah...

amin.