Pagis

Sunday, April 10, 2016

2 Bulan tak pasti sama ada dapat "update" blog atau tak

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


                                         Image result for BLOG FOR LONG TIME


2 Bulan tak pasti sama ada dapat "update" blog atau tak sebab saya kena menghadiri kursus SL1M di organisasi Telekom Malaysia Berhad......

2 Bulan kena duduk asrama bagi seisi "soft-skill". Manakala 4 bulan lagi kena melalui proses On the job training...tak pasti pula kena duduk asrama atau tidak.

Maka jika dapat menulis blog semasa duduk di asrama...maka ter"update" lah blog ini...jika tak 2 bulan akan bersawang sekejap...........

Program SL1M ini dilaksanakan khas bagi membantu graduan yang menganggur atau bekerja yang tak setaraf dengan kelayakan yang ada....contoh macam saya, ada ijazah tapi kerja Pengawal Keselamatan.....untuk maklumat lanjut mengenai SL1M  boleh klik sahaja> SL1M<

Harapnya semasa di asrama, akses internetnya kuat dan stabil. Mudah-mudahan lepas ini saya ada rezeki untuk membeli telefon bimbit yang lebih canggih sedikit berbanding yang sedia ada......supaya saya dapat menulis blog menggunakan telefon bimbit sahaja.........

Moga saya masih diberi rezeki, ruang dan peluang untuk terus berblogging....

Moga ada manfaatnya "post" kali ini...

Insya-Allah...

amin.

Friday, April 8, 2016

Segmen: "Jom Tambah Followers!"

Klik banner untuk join





 5 Tips Tarik Pengunjung Blog

1) Blogwalking

2) Tinggalkan komen dekat blog lain

3) Buat segmen atau contest dekat blog

4) Join segmen atau contest blogger lain

5) Promote blog dekat kelab-kelab blog cth: Kelab Blogger Ben Ashaari.com


Thursday, April 7, 2016

Betul paip bocor

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi..


                                          Image result for PAIP BOCOR
sumber gambar:google.com


Sewaktu menolong emak berkebun atau lebih tepat lagi mengemaskan kawasan belakang rumah supaya boleh berkebun, emak perasan terdapat kebocoran paip yang berlaku....

Maka bermulalah aktiviti membaiki paip bocor oleh mak,abang-abang dan saya....

Saya tidak mahir dalam kerja-kerja pertukangan atau perkara yang melibatkan kemahiran teknikal...malah semasa di sekolah menengah, guru kemahiran hidup saya telah membuatkan projek akhir bagi saya kerana bimbang saya tidak sempat menyiapkan produk mengikut tarikh yang diberikan. Projek tersebut bagi tujuan peperiksaan akhir Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Sepanjang alam persekolahan,saya sering meminta bantuan rakan ketika waktu subjek Kemahiran Hidup kerana saya tidak pandai bertukang,sehingga ada kawan yang menjauhkan diri daripada duduk dengan saya kerana bimbang saya asyik meminta pertolongan daripada mereka.

Semasa menolong emak membaiki paip bocor, saya hanya banyak melihat sahaja....selebihnya emak dan abang-abang saya yang melakukan proses membaiki paip bocor. Saya hanya membantu sedikit sahaja seperti memegang, membeli barang dan menggergaji...selebihnya diserahkan kepada emak dan abang-abang saya.........

Setelah beberapa jam melakukan proses membaiki paip ini, kebocoran paip berjaya diatasi, paip telah dibalut dengan "white tape" dan "poly" paip juga telah diganti. Menurut emak ini hanya untuk sementara sahaja..kerana berkemungkinan besar kebocoran paip ini akan menjadi semakin serius dan memerlukan bantuan daripada tukang paip yang sebenarnya........

Buat sementara waktu kebocoran paip ini tidak terlalu serius dan wang yang ada juga harus digunakan bagi tujuan lain yang lebih utama, maka harapnya buat sementara ini tidak timbul masalah yang lebih serius dan memerlukan kos yang lebih tinggi.......

Moga ada manfaatnya "post" kali ini...

Insya-Allah...

amin.

Wednesday, April 6, 2016

Giveaway Kalendar Minions + Buku Travelog by JINDRISSKA

                                   
Klik gambar untuk join

Tuesday, April 5, 2016

Perkara yang dikesalkan

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi


                                      Image result for regret
sumber gambar:google.com


Berkesempatan membaca satu "post" yang ditulis oleh seorang insan hebat bernama Faiz Sufi di "facebook".. ianya mengenai perkara yang dikesalkan.......kesal dan sesal kerana tidak berani mengambil risiko untuk melakukannya...

Setelah membaca "post" tersebut, ianya membuatkan saya terfikir tentang perkara-perkara yang saya sesalkan yang telah berlaku dalam hidup saya, sesal kerana tidak melakukannya dan kadang-kala sesal kerana melakukannya......

Perkara yang saya sesalkan kerana melakukannya antaranya ialah terlalu mendengar dan mengikut cakap kawan......seperti ponteng kelas dan melepak bersama kawan semasa sekolah menengah,tidur dalam kelas,mendengar segala cakap kawan supaya rasa diterima dan diiktiraf sebagai kawan oleh mereka.....ini semasa zaman sekolah menengah. Manakala zaman belajar di universiti pula, saya kesal kerana mengikut kawan mendaftar subjek yang saya tidak minat....hasilnya saya gagal subjek tersebut.....cuba mengurat perempuan yang tak suka pun kepada saya......saya buang masa hampir dua tahun cuba memikat dia sedangkan saya harus sedar diri yang saya masih belajar dan tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.......terlalu memikirkan untuk menjaga hati dan perasaan kawan tanpa mempedulikan hati sendiri.........ini semua  perkara yang telah saya  lakukan dan menyebabkan saya rasa menyesal kerana melakukannya........

Manakala perkara yang saya kesal kerana tidak melakukannya antaranya ialah tidak mencuba mencari kerja semasa habis tingkatan 5 iaitu sementara saya sedang menungu keputusan SPM,saya hanya mengisi masa saya dengan menonton tv,tidur dan makan.........saya juga berasa kesal kerana tidak mencuba untuk menyertai pertandingan "Public Speaking" semasa di sekolah walaupun hati terasa benar ingin mencubanya,... saya juga berasa kesal kerana tidak mengikuti kelas tuisyen Matematik sedangkan emak dan bapa saya sanggup bekerja keras supaya mampu menghantar saya ke kelas tuisyen tetapi saya menolak untuk pergi kelas tuisyen.....hasilnya saya gagal subjek Matematik dalam peperiksaan SPM, saya juga berasa kesal kerana terdapat beberapa panggilan temuduga yang saya tidak pergi kerana kurangnya keyakinan diri....saya juga berasa kesal kerana selepas habis universiti saya tidak terus mencari kerja dan hanya duduk di rumah hampir setahun lamanya......sekarang ini bila melihat kawan-kawan seuniversiti dengang saya yang telah mempunyai kerjaya dan kehidupan yang stabil.......ianya buatkan saya bertambah menyesal........... saya juga berasa sesal kerana tidak memulakan perniagaan kecil-kecilan sendiri yang berasaskan kepada makanan kerana memikirkan perkara-perkara negatif yang mungkin berlaku......hasilnya sehingga kini saya hanya memandang dengan perasaan cemburu terhadap mereka yang sedang berniaga makanan.........

Saya rasa banyak lagi perkara yang saya sesal kerana telah melakukannya dan juga perkara yang saya menyesal kerana tidak melakukannya.......tetapi perkara yang paling disesali hingga kini ialah saya langsung tidak tahu hukum tajwid semasa membaca Al-Quran............menyedihkan.


Semoga ada manfaatnya "post" kali ini...

Insya-Allah...

amin.


Monday, April 4, 2016

Hati sakit makan di luar

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi...


                                                             
          sumber gambar:google.com


Sudah beberapa kali terkena, harga makan di luar terasa tidak berbaloi......bukanlah niat untuk menjatuhkan bisnes siapa-siapa atau mana-mana pihak.......kerana saya juga seorang peniaga..atau lebih tepat penjaja kecil-kecilan..........tetapi ini cuma luahan rasa dan pendapat.........

Peristiwa makan di sebuah kedai makan baru-baru ini menyebabkan hati terus berasa tawar untuk makan di luar lagi........bukanlah merungut tentang rezeki dapat makan..cuma harga yang dikenakan bagi golongan yang berpendapatan sederhana seperti saya terasa agak mahal....

Saya tidaklah makan di kedai makan mewah atau restoran esklusif.....kerana sedar akan kemampuan perbelanjaan untuk golongan seperti saya........saya cuma makan di warung....

Tetapi bagi saya harga yang dikenakan agak tidak munasabah.....makanan apa yang saya makan itu biarlah saya rahsiakan sahaja.........kerana mungkin di sesetengah harga makanan seperti itu murah,di tempat lain mahal...berbeza-berbeza mengikut tempat dan keadaan.......

Selepas peristiwa ini,saya cuba menanam azam untuk kurang makan di luar.......seboleh-bolehnya saya akan mengelakkan makan di luar dan masak sahaja sendiri makanan di rumah sekiranya emak saya tidak sempat menyediakan makanan.......

Sebenarnya saya tidaklah menyalahkan peniaga yang menjual makanan itu seratus peratus...kerana mungkin terdapat beberapa faktor yang menyebabkan dia terpaksa bertindak sedemikian..........keadaan ekonomi semasa,kejatuhan wang ringgit...kenaikkan harga barang dan kos hidup,sewa kedai,gaji pekerja dan pelbagai faktor lagi yang harus difikirkan oleh peniaga makanan tersebut  yang mungkin menjadi sebab kenapa harga begitu dikenakan kepada pelanggan......

Tetapi peristiwa ini benar memberi kesan kepada saya.......jadi saya harus mengambil langkah bagi mengelakkan perkara ini berlaku lagi iaitu dengan kurang makan di luar.....secara tidak langsung ianya dapat membantu saya berjimat-cermat.........dan juga mengelakkan hati saya berasa sakit kerana dikenakan harga yang tidak munasabah..........


Moga ada manfaatnya "post" kali ini...

Insya-Allah...

amin.



Sunday, April 3, 2016

Lawak Kucing Suami Isteri


Saturday, April 2, 2016

Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500


Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 | Blogger Utara adalah satu komuniti yang mengumpulkan blogger yang berada di utara semenanjung seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Ahli Blogger Utara terkini adalah seramai 20 blogger dan sebahagian daripada blogger ini merupakan penaja kepada Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 ini . Blogger tersebut adalah 


Bersempena pencapaian 1000 liker di Page Blogger Utara di facebook, beberapa blogger dibawah komuniti ini bersetuju menjadi sponsar sebagai penghargaan kepada sesiapa yang bertuah dengan menyertai Giveaway ini. Hadiah adalah berbentuk wang tunai untuk 20 pemenang bertuah. 

Hadiah Utama : RM100 x 1 Pemenang (Top Referral)
Hadiah Kedua : RM 50 x 4 Pemenang (Random)
Hadiah Ketiga : RM 20 x 5 Pemenang (Random)
Hadiah Saguhati : RM 10 x 10 Pemenang (Random)

Marilah memeriahkan giveaway kami yang bermula 
1 April sehingga 14 April 2016 
dengan klik link di bawah ini

Friday, April 1, 2016

Nak Ambil SPM Ulangan

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi


                                        Image result for spm ulangan
sumber gambar:google.com

Sebenarnya saya pernah berhasrat untuk mengulang atau mengambil kembali beberapa subjek untuk membaiki keputusan SPM saya dahulu....antara subjek tersebut ialah Sejarah dan Matematik...

Saya lulus subjek Sejarah manakala Matematik pula gagal..........saya agak tidak berpuas hati dengan subjek Sejarah,,,,

Lama juga saya menyimpan hasrat untuk mengulang semula subjek tersebut.........

Justeru,baru-baru ini timbul rasa untuk mengambil semula subjek tersebut........saya bercadang untuk mengambil subjek Sejarah sahaja.......manakala Matematik saya tidak berani mengulang semula peperiksaan kerana tiada guru yang mengajar........

Terperanjat juga bila melihat subjek Sejarah sekarang terbahagi kepada tiga bahagian,kertas 1,kertas 2 dan kertas 3.....seingat saya dahulu semasa saya mengambil peperiksaan ini tahun 2007,tidak begini format peperiksaanya.....

Saya harus mengambil borang di Jabatan Pendidikan dan perlu melakukan beberapa bayaran..iaitu pendaftaran subjek,kiriman wang,setem dan lain-lain lagi...semua sekali hampir rm40.00

Malangnya, saya agak lewat melakukan pendaftaran...sehari sebelum tarikh tamat tempoh baru saya siap mengambil borang dan keesokkan harinya perlu mendaftar masuk sistem bagi membolehkan saya menduduki peperiksaan ulangan........tetapi setelah berjam-jam mencuba untuk memasuki sistem,saya gagal........kerana sudah melepasi tempoh yang ditetapkan iaitu sebelum pukul 5,00 petang.......daripada pagi hingga pukul 4 lebih saya mencuba tetapi tidak berjaya....

Sedih,kecewa,terkilan,marah semua perasaan ini bercampuir-aduk...nak marah sangat pun tak boleh sebab silap sendiri lambat mendaftar........cuma terkilan sebab duit rm40.00 habis begitu sahaja tak termasuk masa yang terbuang ulang-alik ke pejabat pos dan pejabat pendidikan..........dua kali saya harus pergi ke pejabat pos kerana sistem tergendala .......

Tidak mengapalah,tiada rezeki.........harapnya selepas ini saya tidak lagi bertangguh-tangguh dalam melakukan urusan.........mudah-mudahan.......dan juga saya dapat membaiki keputusan subjek SPM saya dahulu iaitu Sejarah dan Matematik.....


Semoga ada manfaatnya "post" kali ini...

Insya-Allah...

amin.