Pagis

Thursday, March 31, 2016

GIVEAWAY BY XECHALOGY

                                 

                                                            (Klik banner untuk join)

Wednesday, March 30, 2016

Hampir Kemalangan

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi


                                        Image result for berhati-hati di jalan raya
                                                 sumber gambar:google.com


Semasa dalam perjalanan pulang daripada tempat kerja,sewaktu melalui kawasan sekolah,tiba-tiba terdapat sebuah kereta yang terus membelok masuk...mujur saya sempat membrek motorsikal...sedikit lagi motorsikal saya hampir melanggar bahagian tepi/pintu kereta...

Saya pasti saya tidak bersalah dalam hal ini kerana saya berada di jalan lurus,terdapat lampu isyarat,,dan ketika itu lampu isyarat saya bewarna hijau...........malah saya juga menunggang motorsikal dalam keadaan berhati-hati kerana sedang berada dalam kawasan sekolah.......risau kerana terdapat pelajar sekolah yang sedang berjalan kaki,menuggang motorsikal dan lain-lain lagi........

Mujur saya tidak mengalami kemalangan,tetapi selepas peristiwa ini,saya rasa bagaikan hendak meletakkan/memasang kamera kecil sahaja.......jika berlaku peristiwa seperti ini,saya mempunyai bukti yang boleh digunakan nanti............

Saya harap dan berdoa supaya semua lebih berhati-hati dan saling menghormati pengguna jalan raya yang lain..sekurang-kurangnya dengan cara ini risiko kemalangan dapat dikurangkan...

Syukurlah saya masih diberi ruang oleh Yang Maha Kuasa untuk terus bernafas dan diberi peluang untuk masih hidup di bumi ini.

Moga kita semua lebih berhati-hati dan saling menghormati di atas jalan raya...

Moga ada manfaatnya "post" kali ini...

Insya-Allah...

amin.


Monday, March 28, 2016

1st Giveaway by Miss Oren

                                   
                                      


                                                           (Klik banner untuk join)

Sunday, March 27, 2016

Betul Motor

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi..


              
sumber gambar:google.com


Motorsikal saya yang saya gunakan iaitu Honda Wave 100(seperti gambar di atas) telah rosak...jujurnya kerosakkan motor tidaklah serius..cuma signal dan hon kadang-kala berbunyi dan kadang-kala tidak.......risiko tidak mempunyai signal dan hon semasa menunggang motorsikal agak bahaya...

Justeru,saya telah mengambil keputusan untuk membetulkannya..agak lama juga saya menunggu masa yang sesuai kerana saya perlu menunggu sehingga mendapat gaji  terlebih dahulu.....

Jangkaan awal abang mekanik motor ialah motorsikal saya mempunyai masalah di bahagian bateri..barangkali bateri saya sudah habis......bateri saya merupakan jenis  sel kering....di mana sekiranya rosak ianya harus terus ditukar satu set...........tetapi peliknya bateri saya baru sahaja ditukar tidak sampai setahun.....

Setelah membuat pemeriksaan,abang mekanik itu mendapati bahawa bateri motor saya masih dalam keadaan baik........jadi punca signal dan hon motor saya tidak berfungsi mungkin disebabkan hal lain...iaitu masalah wiring/wayar@pendawaian motorsikal saya.....

Semasa melihat proses memeriksa wayar motorsikal saya,saya berasa pening melihat wayar yang berserabut dalam motorsikal saya.........

Setelah mencari-cari masalah wayar,abang mekanik mendapati terdapat satu wayar yang terbakar dalam motorsikal saya....wayar ini yang menyebabkan hon dan signal motorsikal saya tidak berfungsi....agak lama juga proses mencari wayar yang rosak ini......

Saya turut menukar "lining brake" atau "brake lining" saya sendiri tidak pasti sebutan mana yang betul,...tetapi ianya merupakan satu bahagian penting dalam memastikan "brek" motorsikal tidak mempunyai masalah....."lining brake" saya sudah habis

Selain itu,saya turut menukar tayar motorsikal saya kerana ianya sudah "botak" atau tidak mempunyai bunga tayar lagi..........agak bahaya jika saya menunggang motorsikal dalam keadaan tayar botak kerana akan menyebabkan motorsikal tidak begitu stabil.......

"Rim" motorsikal saya juga mengalami kerosakkan kecil...kerana terdapat beberapa "jejari rim" yang bengkok.......menurut abang mekanik lebih baik saya menukar rim saya kepada sport rim sahaja kerana lebih lasak.......tetapi biarlah dahulu kerana saya tidak mempunyai bajet yang mencukupi untuk menukar rim saya ketika ini.......

Setelah selesai proses membaik pulih motorsikal saya,saya kini boleh menunggang motorsikal dalam keadaan yang lebih selesa dan selamat,,,..saya berharap selepas ini saya lebih berhati-hati dan teliti jika motorsikal saya mula menunjukkan tanda-tanda awal masalah.....kerana kerosakkan yang kecil boleh menyebabkan kerosakkan lain yang lebih besar dan lebih bahaya.............

Moga ada manfaatnya "post" kali ini...

Insya-Allah...

amin.


Friday, March 25, 2016

Beli Ketam

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


                                                       Image result for ketam
sumber gambar:google.com

Semasa berniaga di pasar borong,terdapat seorang hamba Allah yang memberitahu saya bahawa terdapat ketam yang dijual dengan harga agak murah...sekilo hanya rm10.00 berbanding harga asal berbelas-belas dan kadang kala mencecah puluhan ringgit sekilo......

Teruja dengan percakapan ini,saya lantas membeli sekilo ketam............agak besar juga saiznya...

Sewaktu dalam perjalanan pulang,saya terbayangkan alangkah sedapnya jika ketam ini dimasak lemak...

Bagaikan ada suatu kuasa membaca fikiran oleh mak saya sewaktu melihat saya pulang dengan membawa ketam......."emak nak buat ketam masak lemak cili padi" kata emak saya sejurus melihat ketam tersebut......

Setelah emak siap menyediakan hidangan, saya mula merasainya...agak kecewa bagi saya bila rasa ketam itu seolah-olah sudah lama.....dan tidak lagi manis...........isinya pula hanya sedikit sahaja berbanding saiz ketam tersebut.......mungkin sebab itu ketam ini dijual dengan harga murah fikir saya.....

Saya kemudiannya membandingkan ketam yang saya beli dengan ketam yang abang saya beli tidak berapa lama dahulu.......rm5.00 selonggok tetapi bersaiz kecil.........rasanya lebih manis dan masih lagi sedap dimakan berbanding dengan ketam yang saya beli......

Kecewa,tetapi tiada apa yang boleh dilakukan........sekurang-kurangnya saya dapat juga merasa makan ketam...... berbanding dengan mereka yang langsung tiada makanan......

Harapnya saya lebih berhati-hati dalam melakukan pembelian. Peristiwa ini mengajar saya supaya lebih bijak membuat pembelian.Kadang-kala ada harga yang murah tetapi tidak berkuali,namun ada juga harga barang atau makanan yang murah dan berkualiti.

Sebaik-baiknya saya harus ada sedikit ilmu dalam memilih sesuatu barang,produk atau makanan yang dijual bagi mengelakkan rasa kecewa nanti.

Moga ada manfaatnya "post" kali ini...

Insya-Allah...

amin.

Thursday, March 24, 2016

Lawak Samad dan Kereta Baru


Tips beli kereta untuk graduan baru>Klik Sini<

Moga kita semua tak terbeban dengan hutang kereta...


Moga ada manfaatnya "post"kali ini...

Insya-Allah...

amin.

Wednesday, March 23, 2016

Gaji Lambat Masuk

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


                                                         Image result for gaji
sumber gambar:google.com


Gaji lambat masuk..ya..buat pertama kalinya saya berhadapan dengan situasi begini.......tidak pernah lagi syarikat keselamatan tempat saya bekerja lewat membayar gaji pekerjanya..ini pertama kali berlaku dalam syarikat...

Pelbagai perasaan mula timbul bila saya memeriksa akaun bank dan mendapati gaji masih belum dimasukkan......cemas,gelisah dan pelbagai perkara yang bermain dalam fikiran saya..

Minyak motor,"road-tax"motor,kereta,bil api,bil air...duit makan minum...hutang PTPTN..dan pelbagai perkara yang memerlukan wang  merungsingkan fikiran saya...

Gaji belum masuk,harapnya motorsikal tidak mengalami sebarang masalah..doa saya ketika melihat akaun bank saya masih belum dimasukkan gaji......

Tetapi,barangkali Yang Maha Kuasa hendak mengajar saya sesuatu...semasa berasa kecewa kerana gaji lambat dimasukkan,kawan sekerja memberitahu saya bahawa terdapat seorang hamba Allah yang bertanyakan sekiranya terdapat kekosongan kerja di tempat saya bertugas...

Menurut beliau,ketika ini beliau sedang bekerja sebagai tukang kebun swasta di sebuah sekolah..tetapi malangnya sudah hampir 6 bulan beliau tidak menerima gaji......

Tersentak saya mendengar cerita tentang hamba Allah ini daripada kawan saya...saya baru lewat beberapa hari sahaja gaji belum dimasukkan sudah berasa resah dan pening kepala. Tetapi hamba Allah ini lebih lama tidak menerima gaji....bagaimana agaknya hamba Allah ini meneruskan kehidupan? fikir saya.........

Setelah mendengar kisah hamba Allah ini,saya mengambil keputusan untuk bersabar sahaja...mungkin sehari dua masuklah nanti gaji tu...doa saya.......

Syukur kepada Allah....gaji tidak begitu lama dibayar..cuma lewat 3 hari sahaja....menurut khabar angin yang saya dengar....duit syarikat sudah banyak dihabiskan untuk mendapat "tender"bagi projek yang lain...mungkin disebabkan itu gaji pekerja agak lewat dimasukkan.....

Saya harap hamba Allah tadi segera mendapat gaji beliau yang tertunggak dan mudah-mudahan dia,saya,dan semua yang membaca kisah ini diberi kejayaan hidup dunia dan akhirat.......

Moga ada manfaatnya "post"kali ini......

Insya-Allah...

amin.


Tuesday, March 22, 2016

Abam Kie's First Giveaway



Baiklah,segmen seterusnya ialah daripada blogger Abam Kiehttp(//www.zukidin.com/)...ini first giveaway oleh Abam Kie..jom support dan join blogger Abam Kie dalam first giveaway beliau .... secara peribadi saya harap dapat hadiah buku resipi  =)





Sila klik banner di atas jika mahu join

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bersyukur kepada Allah kerana Abam Kie berjaya menganjurkan giveaway buat julung kalinya. Jutaan terima kasih kepada barisan rakan blogger yang sudi menaja giveaway ini.

Berikut adalah senarai hadiah yang bakal menanti para pemenang bertuah:

1. Top up RM10 X 1 pemenang oleh PeRdU cINta
2. Hijab pin dan Viscose Printed Wide Shawl X 1 pemenang oleh Aksara Biru
3. Top up RM10 X 1 pemenang oleh Najwa Zahid
4. Top up RM10 X 1 pemenang oleh Ayuni Rafilah
5. RM10 tunai X 2 pemenang oleh Julia Jamaludin
6. RM10 tunai X 2 pemenang oleh Mommy Irra
7. Top up RM5 X 2 pemenang oleh Ina Zalina
8. Top up RM20 X 1 pemenang oleh Miss Fifi
9. Top up RM5 X 2 pemenang oleh Cik Nor
10. Buku resepi X 2 pemenang oleh Abam Kie

Kawan2 nak join? Ikut je langkah2 di bawah ini satu-persatu:

1. Follow blog Abam Kie dan penaja2 berikut. Ini wajib dipatuhi, OK?


2. Add Google+ berikut jika anda ada profil Google+. Kira macam sunat la...

https://plus.google.com/117034001954441190127
https://plus.google.com/114654336399855954680
https://plus.google.com/115462385884702570492
https://www.google.com/+AyuniRafilah
https://plus.google.com/103791964943177272009
http://google.com/+irrayyandotcom
https://plus.google.com/u/0/103153723284562892818
https://plus.google.com/105160168417987334249
https://www.google.com/+AbeKie

3. Letakkan link www.irrayyan.com di dalam bloglist anda sehingga tamat giveway ini.

4. Buat entri bertajuk "Abam Kie's First Giveaway"

5. Letak banner di atas di dalam entri GA anda dan backlinkkan ke blog ini. Atau kalau nak lebih mudah cuma copy and paste html code di bawah ini.

6. Publish your entry and leave your GA link in the comment form below.

7. Done!

P.S. Syarat2 tu nampak macam banyak tapi sila buat sikit2. Lama2 siap la tu. Terima kasih diatas kesabaran anda.......

Monday, March 21, 2016

Aktiviti Menghapuskan Rumah Anai-Anai

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

                                                              Image result for rumah anai-anai
                                                    sumber gambar:google.com

Aktiviti menghapuskan anai-anai....sudah lama sebenarnya ingin melakukan aktiviti ini...tetapi sifat malas dan kekangan masa menyebabkan aktiviti ini tergendala...

Tetapi syukur kepada Allah,dapat juga aktiviti ini dilaksanakan...sebenarnya garaj kereta rumah telah lama dijadikan rumah/sarang oleh anai-anai.

Bimbang garaj kereta rumah saya yang dibuat daripada kayu akan runtuh maka saya memaksa diri untuk rajin menghapuskan anai-anai yang berumah di situ.

Proses menghapuskan rumah anai-anai ini tidaklah susah, saya cuma menggunakan ranting kayu bagi tujuan membersih dan menghapuskan rumah anai-anai.....banyak juga bahagian kayu yang sudah dijadikan rumah oleh anai-anai..........

Langkah seterusnya,saya mengecat bahagian kayu atau tiang-tiang kayu garaj kereta rumah menggunakan minyak hitam. Minyak hitam ini sebenarnya lebihan minyak hitam yang digunakan semasa saya menukar minyak hitam motorsikal saya......

Saya tidak pasti jika minyak  hitam ini harus dicampur dengan bahan-bahan lain...tetapi semasa berbual dan mendengar pendapat orang lain iaitu bapa saudara saya dan tauke bengkel motorsikal tidak pula mereka ada menyebut untuk mencampurkan minyak hitam ini dengan bahan-bahan lain semasa mengecat rumah dengan minyak hitam......

Sebenarnya masih banyak lagi bahagian kayu/tiang-tiang garaj kereta rumah yang masih belum dicat dengan minyak hitam tetapi  malangnya minyak hitam sudah habis digunakan...........

Harapnya saya dapat mengecat seluruh tiang garaj kereta rumah dengan segera supaya dapat mengelakkan runtuhnya garaj rumah kereta....serta tiada lagi anai-anai yang akan membuat rumah di garaj kereta rumah saya lagi........

Semasa melakukan aktiviti menghapuskan rumah anai-anai ini lagu Bukan Kerana Nama nyanyian Ramli Sarip kerap bermain di fikiran saya~

"Biarlah seperti anai-anai....lambat laun hancurlah dirimu"

Saya sendiri tidak pasti mengapa lagu ini bermain-main di fikiran saya...cuma saya terfikir juga hebatnya anai-anai ini....walaupun kecil tetapi mampu menghancurkan sesuatu benda...betapa hebatnya cipta Yang Maha Kuasa.......

Tetapi harapnya tidaklah runtuh garaj kereta rumah dan moga saya diberi sifat rajin untuk menyelesaikan aktiviti menghapuskan rumah anai-anai ini.........

Moga ada manfaatnya "post"kali ini...

Insya-Allah...

amin.

Sunday, March 20, 2016

Beli Kipas Baru

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


                                                        Related image
sumber gambar:google.com(kipas baru saya bentuknya lebih kurang sama macam ni)

Cuaca yang panas menyebabkan suasana dalam rumah menjadi agak tidak selesa,begitu juga di tempat kerja....

Bertugas sebagai pengawal keselamatan waktu malam juga mula terasa bahang panas,lebih-lebih lagi kipas di tempat kerja sudah tidak berfungsi.......

Begitu panas,sehingga kerap minum air batu atau minuman bergas,lega cuma seketika..setelah minuman habis...panas kembali mula terasa....

Mengambil keputusan membeli kipas untuk diletakkan di tempat kerja....guna duit gaji sendiri nampaknya...kerana proses di tempat kerja untuk mendapatkan sesuatu barang agak leceh dan memakan masa...

Seterusnya melayari internet untuk mendapatkan serba sedikit panduan untuk membeli kipas dan mendapat beberapa panduan yang berguna seperti:


  1. Elakkan membeli barangan elektrik di pasaraya/hypermarket atau kedai runcit
  2. Cuba pergi ke beberapa kedai elektrik  untuk membuat perbandingan harga
  3. Cuba lakukan tawar-menawar
Setelah mengikuti tips-tips ini, saya telah membeli sebuah kipas jenama "Panasonic" dengan harga rm 89.00 berbanding harga asal RM 92.00.. agak mahal juga rasanya...tetapi kedai ini yang paling berdekatan dengan rumah dan harga yang dijual lebih rendah berbanding dengan kedai-kedai lain di sekitar kawasan rumah saya... bersama jaminan kedai selama setahun...

Semasa melakukan pembelian saya telah melakukan kesilapan seperti tidak meminta untuk dibuka bungkusan dalam kotak,hanya beranggapan ianya sama seperti "display" kedai....

Saya juga kena memasang sendiri kipas ini rupanya...saya beranggapan ianya sudah dipasang siap oleh kedai...memasangnya tidaklah susah.....cuma ikut arahan yang diberikan dalam panduan pasti dapat dipasang...

Kipas baru ini saya letakkan di rumah,manakala kipas lama di rumah saya membawanya ke tempat kerja...tetapi agak tidak berhati-hati semasa membawa kipas tersebut,"tengkuk" kipas itu patah....mujurlah masih boleh berfungsi cuma "kepala" dan "tengkuk" kipas tidak dapat disambung lagi......maka legalah saya ketika bertugas nanti......

Cuaca agak panas ketika ini,jadi harapnya segala aktiviti luar dapat dikurangkan.........

Moga ada manfaatnya "post" kali ini...

Insya-Allah...

amin.

Saturday, March 19, 2016

Segmen Blogwalking + Bloglist #3

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


(klik banner kalau nak join)




Okey,,,segmen blogwalking daripada  mohdnoorshawals,siapa yang nak join boleh klik banner =)

Friday, March 18, 2016

Mizi Si Penjual Roti




Sebenarnya aku pernah bercita-cita untuk menjadi seorang penjaja roti seperti lukisan yang aku lukis di atas...tetapi ianya sekadar angan-angan....

Setiap kali aku cuba untuk memulakan langkah dalam merealisasikan cita-cita pelbagai perkara yang terlintas dalam fikiran aku~

isyh...malu pula rasa nak berniaga macam ni,bagaimana kalau ada kawan aku yang nampak?cikgu ke saudara-mara ke yang nampak....malu rasanya.....

ada orang beli ke nanti?takut nanti minyak motor habis,roti satu pun tak terjual...

mana nak dapat bekalan roti? aku mana tahu nak buat roti,makan roti pandailah...

kena ada lesen ke nak berniaga macam ni? takut nanti motor dengan aku sekali kena angkut dengan majlis perbandaran ke,penguatkuasa ke......

dan pelbagai lagi perkara yang melintas dalam fikiran aku.....sudahnya ianya kekal sekadar angan-angan tanpa sebarang tindakan daripada aku..... aku pernah mengambil nombor telefon pemandu lori roti yang sedang menghantar bekalan roti ke kedai-kedai untuk dijadikan sebagai pembekal aku...tetapi kini nombor telefon pemandu roti itu pun aku sudah tidak tahu ke mana hilangnya...

nampaknya aku lebih teruk daripada Mat Jenin...kerana Mat Jenin ada juga tindakan yang dilakukan dalam merealisasikan cita-citanya cuma Mat Jenin berangan semasa dalam melakukan pekerjaan.....manakala aku hanya sekadar berangan tanpa ada sebarang tindakan....

Tetapi tidak tahu mengapa,dalam hati ku masih ada rasa teringin hendak melakukan kerja seperti ini,setiap kali melihat penjaja roti,penjual aiskrim,dan penjaja kuih-muih timbul keinginan yang meluap-meluap untuk melakukan kerja yang sama seperti mereka....

Moga satu hari nanti aku dapat melaksanakan angan-angan aku ini......

Insya-Allah....


amin.

Thursday, March 17, 2016

Keracunan Makanan

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


                                        Image result for keracunan makanan
                                                           sumber gambar:google.com



Sudah dua hari perut mengalami kesakitan...barangkali disebabkan minuman bergas yang dibeli di sebuah kedai runcit....mungkin air gas tersebut sudah melepasi tarikh tamat tempoh....tidak perasan pula kerana tekak terasa haus akibat cuaca yang panas...maka dibeli dalam keadaan tergesa-gesa...


Akibatnya,berulangkali keluar masuk tandas,sehingga tidak larat rasanya lagi,lemah dan tidak berdaya..........

Sudah dua kali mengalami keracunan makanan,yang pertama akibat makan makanan hidupan laut yang tidak begitu bersih dan yang kedua ini akibat minum minuman bergas yang sudah tamat tempoh agaknya.........

Perut terasa sakit,badan lemah tidak bermaya,muntah dan pening kepala....seksa betul.........

Akhirnya mengambil keputusan untuk pergi mendapatkan rawatan di klinik kerajaan....secara jujur terasa agak tidak puas hati dengan layanan yang diberi...kerana doktor yang memeriksa hanya sekadar bertanya soalan sahaja...tanpa ada sebarang pemeriksaan....rasa seperti suspek yang sedang disoal siasat oleh polis sahaja...tidak mengapalah...mungkin itu prosedur rawatan klinik kerajaan bisik hati...........bayarannya pula rm 1.00 bagi khidmat rawatan dan ubat yang diberikan......

Doktor turut memberi nasihat supaya kerap minum air masak lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca panas ketika ini...

Setelah 2 hari,barulah perut berasa agak selesa dan tidak lagi kerap membuang air besar.........

Begitu terasa nikmat sihat..lebih-lebih lagi setelah sembuh....semasa sakit keracunan makanan hanya Allah s.w.t yang tahu betapa sengsaranya kerap kali membuang air besar..............

Mujur sakit ini tidak berlanjutan begitu lama..tetapi peristiwa ini meninggalkan kesan terhadap diri...moga lepas ini lebih berhati-hati dalam membeli sebarang makanan atau minuman di kedai...

Semoga kita semua banyak minum air masak dalam cuaca panas,lebih berhati-hati ketika membeli makanan atau minuman luar,dan sentiasa menjaga kesihatan diri.......

Moga ini menjadi pengajaran kepada diri dan sesiapa sahaja yang membaca "post"ini....

Semoga ada manfaatnya "post" kali ini...

insya-Allah...

amin.




Tuesday, March 15, 2016

Lawak Lepas Konvo







Buat sementara waktu ini,sementara mendapat kerja yang lebih menjamin masa depan,aku bekerja sebagai pengawal keselamatan waktu malam,dan berniaga waktu siang...

Sepanjang menjadi pengawal keselamatan,pelbagai kritikan yang dilemparkan seperti nak kerja senang,nak  kerja makan tidur sahaja,ada degree kerja security..dan pelbagai lagi...tidak mengapalah....sekurang-kurangnya aku ada pekerjaan untuk membayar hutang PTPTN aku....terpaksa pekakkan telinga.menahan hati yang sakit dan kecewa,teruskan sahaja hidup seperti biasa....

Moga Allah s.w.t memberi aku dan sesiapa sahaja yang membaca blog ini dengan masa depan dan kerjaya yang cerah..

insya-Allah...

amin..

Monday, March 14, 2016

Sajak:Kita Hamba,Dia Tuhan




Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Image result for hamba
sumber gambar:google.com


Sajak: Kita Hamba,Dia Tuhan

Kita Hamba,
Dia Tuhan,
Tapi seringkali kita terlupa,
Sehingga mahu mengambil alih kerja Tuhan..

Kita Hamba,
Dia Tuhan,
Mengapa seringkali kita terleka,
Sesama hamba, usah menjadi Tuhan...

Kita Hamba,
Dia Tuhan,
Bila hendak dapat kerja,bila hendak kahwin,bila hendak menimang cahaya mata,
Pertanyaan ini hanyalah mampu dijawab Tuhan...

Kita Hamba,
Dia Tuhan,
Kita hanya mampu usaha mengikut kemampuan,
Hasilnya nanti Tuhan akan tentukan...

Keluar universiti belum tentu akan bekerja, memegang jawatan tinggi,berkahwin belum tentu mempunyai zuriat,menjadi miskin atau kaya belum pasti untuk selamanya,...hanya satu yang pasti dalam kehidupan iaitu kematian...


Kita Hamba,Dia Tuhan.


Sajak ini dihasilkan setelah membaca "post" En.Khairul Hakimin Muhammad di "facebook"beliau.


Boleh baca "pos"beliau di sini~


https://www.facebook.com/khairulhakimin.muhammad/posts/10209200002983039?comment_id=10209200064664581&notif_t=like


Moga ada manfaatnya "post"kali ini......


Insya-Allah...

amin.

Sunday, March 13, 2016

Cabaran dalam berniaga~payung dicuri orang



Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...




Hari ini diuji Allah s.w.t dengan sedikit dugaan semasa berniaga...


Image result for payung berniaga besar



Sewaktu hendak mengambil payung berniaga untuk melindungi diri daripada panas...tergamam dan terkejut bila melihat hanya tinggal kaki payung sedangkan tiangnya sudah tiada........

Tergaman seketika.........

Mana perginya payung ni bisik hati....

Mata mencari-cari jika dapat mengecam payung sendiri...tetapi hampa kerana payung berniaga yang digunakan oleh peniaga lain hampir sama semuanya........

Hati mula terasa sakit.....darah mula terasa panas.........kegeraman mula  menguasai diri

Hendak dimaki sahaja sekiranya dapat berjumpa dengan makhluk yang mengambil payung tanpa izin ini.....

Segala yang dilakukan rasa serba tidak kena.......

"Payung itu sudah dikunci.....tetapi bagaimana masih boleh diambil lagi?" fikirku.........

Mengambil keputusan untuk pulang sahaja.........hendak berniaga seperti tiada semangat pula.....

Sebelum nafsu marah lebih menguasai diri,mulut tidak henti dengan sumpah seranah,lebih baik balik sahaja............

Sepanjang perjalanan pulang, terasa kesal dengan sikap  segelintir peniaga yang majoritinya bangsa aku......suka mengambil barang orang lain tanpa izin......

Mengapa ada manusia seperti ini di atas muka bumi ini? suka menyusahkan hidup manusia lain......adakah merasa berasa sudah cukup hebat? kenapa hendak mengganggu hidup orang lain?

Pelbagai ragam manusia ini, moga aku diberikan kesabaran dalam terus berniaga,dalam kehidupan dan moga Allah s,w.t menggantikan payung aku yang hilang itu dengan perkara yang lebih baik...lebih bermakna.......

insya-Allah...

mudah-mudahan......

amin.

Saturday, March 12, 2016

Lawak Azizul & Dol



Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...





Tips Bajet Kahwin



Moga kita semua tidak menanggung beban hutang atau mempunyai masalah kewangan selepas selesai majlis perkahwinan...

Insya-Allah...

amin.

Friday, March 11, 2016

Keep It Simple



Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


"Template" blog yang baru sempena permulaan baru bagi blog At-Tarmizi......

Reka letak blog ini berasaskan kepada K.I.S~ Keep It Simple......

                                                       Image result for keep it simple

Jadi moga mereka yang membaca blog ini berasa senang dan selesa ketika melawati blog ini..mudah-mudahan.......


Mohon sokongan semua untuk saya sebagai seorang blogger dan semoga blog ini dapat memberi sesuatu kepada mereka yang membacanya........


Insya-Allah......

amin.

Wednesday, March 9, 2016

Post pertama 2016





Dengan Nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Post pertama bagi tahun 2016.....lama betul tidak dikemaskini blog ini.

Sekarang ini cuba untuk kembali memberi tumpuan kepada blog ini......justeru segala blog lain akan ditutup......saya juga mempunyai beberapa blog lain sebelum ini.....tetapi sukar untuk memberi tumpuan.

Oleh itu,segala tumpuan akan ditumpukan kepada blog ini......

Jadi segala yang berlaku dalam kehidupan akan saya kongsikan di sini,

Segala hasil tulisan atau lukisan akan saya kongsikan di sini-saya mempunyai satu blog lain yang bertemakan lukisan...tetapi sukar untuk dikemaskini blog itu.....

Maka dengan cara ini, mudah-mudahan saya dapat memberi sepenuh tumpuan untuk bergiat aktif dalam bidang blogging ini.........insya-Allah.....


Oleh itu,blog ini akan berkisar kepada pelbagai perkara-

Kehidupan.tips-tips menarik,lukisan,karya tulisan,luahan rasa,dakwah,tutorial blog,contest,kisah perniagaan,dan pelbagai lagi....

Jadi untuk tahun 2016 inilah "post" pertama saya dan salam kenal daripada saya-At Tarmizi seorang blogger(at-tarmizi.blogspot.com)

My Photo
At-Tarmizi