Pagis

Sunday, July 27, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014.....selepas ini hidup jadi semakin tak pasti...

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Selamat Hari Raya Aidilfitri tahun 2014.......

Betapa sedih kerana Ramadhan telah pergi...

Sedih kerana perniagaan menjual kerisik tidak sesibuk seperti bulan Ramadhan..

Sedih kerana Ramadhan begitu cepat berlalu.......

Sedih kerana lepas ini tidak pasti sama ada mampu meneruskan niat untuk cuba bekerja makan gaji..

Sedih kerana sudah hampir setahun menamatkan pengajian dan terasa hidup samar-samar...

Sedih kerana raya kali ini,akan ditanya pekerjaan yang dilakukan sekarang~sekiranya menjawab menjadi penjaja kecil di pasar borong...maka akan berlaku riak muka dan suasana yang tidak menyenangkan terhadap pekerjaan ini oleh saudara-mara...

Sedih...selepas raya...hidup samar-samar.....

Mampukah melakukan perancangan untuk mencari kerja makan gaji.....dan mencari pengalaman kerja???

Raya..tidak bersedia rasanya dengan soalan mengenai status diri sekarang yang kerap ditanya~sudah bekerja???

Tidak pasti masa dan hari yang mendatang......

Mencari kerja makan gaji> Kekal bekerja> Mencari kiosk untuk berniaga> Membayar hutang Pak Ngah dan PTPTN

Betapa mudah secara amnya...tetapi realitinya sangat tidak sama.......

Buat kalian..Generasi Selepas Diri yang HEBAT....moga cerialah dalam hari yang mendatang dalam hidupmu..dan semoga ada manfaatnya "post" kali ini...








insya-Allah...

amin.






Thursday, July 17, 2014

Pesan emak~ usahawan tidak seharusnya berjiwa sentimental....tetapi sangat sukar mengikut pesan ini



Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...



Pada ketika ini,saya menolong emak menjalankan perniagaan menjual kerisik.......dan juga menjadi penjaja kecil di pasar borong....

Semasa menghantar kerisik ke sebuah kedai runcit....agak kecewa melihat sudah terdapat pihak lain yang menghantar kerisik walaupun emak saya merupakan peniaga pertama yang membekalkan kerisik terhadap kedai runcit tersebut........

Betapa sukar digambarkan perasaan saya ketika itu,sedih,kecewa,hampa,terkilan.....

Tetapi,emak saya masih begitu tenang................................

Selesai menyusun kerisik keluaran keluarga saya di kedai runcit tersebut..emak dan saya beredar pergi.....

Sepanjang perjalanan..saya menggeleng kepala berulang kali...kekecewaan begitu terasa melihat persaingan dalam perniagaan kerisik ini...

Saya masih baru menolong emak saya...sedangkan emak saya sudah memulakan perniagaan menjual dan membekal kerisik semenjak 2010 lagi........dan kini persaingan semakin menekan.........

Emak saya berpesan..................

"Seorang usahawan tidak seharusnya berjiwa seniman"

Barangkali emak saya menasihatkan supaya tidak terlalu sentimental..........

Dunia perniagaan merupakan dunia yang penuh dengan persaingan.........

Betapa sukar mengikut nasihat emak...kerana ianya memerlukan hati yang sangat tabah...

Tetapi perniagaan menjual dan membekal kerisik ini harus diteruskan dan dipertahankan...dan dikembangkan...dengan izin Nya..........

Saya bukan seorang yang berjiwa tabah...tetapi saya harap dan berdoa kepada Allah s.w.t moga saya mampu meneruskan dan mengembangkan perniagaan menjual dan membekal kerisik keluarga saya ini...

Moga ada manfaatnya "post" kali ini kepada kalian yang membaca "post" ini dan menjadi seorang yang tabah...kerana kalian HEBAT!!!

insya-Allah...

amin

Sunday, July 13, 2014

Menghadiri pengebumian datuk saudara

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...



Hari ini berlaku kematian seorang datuk saudara...

Pergi menghadiri pengebumian arwah..

Terfikir......................................................................

Penghujung hidup ini~mudah...dikebumikan...dibacakan talkin...dan akhirnya orang ramai bersurai...

Betapa...kita celik mata dan kemudian kita pejam mata untuk selamanya...........

Dunia kita tinggalkan...begitu sahaja..........

Begitu sahaja..selamat tinggal dunia buat selamanya.................................................................

Sedekahkanlah Al-Fatihah kepada mereka yang telah pergi.................................

Semoga ada manfaatnya "post" kali ini

Insya-Allah...

amin.

Tuesday, July 8, 2014

Memperolehi lesen memandu kelas D....




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.......


Syukur kepada Allah...



Akhirnya...lulus ujian kereta...maka berjayalah memperolehi lesen memandu kelas D

Menyingkap semula proses..................................

Pergi mendaftar bersama emak....

Menghadiri kuliah....mendengar ceramah memandu.......

Menunggu lesen L siap..agak lama..sehingga sebulan lebih...akibat masalah yang timbul..sedangkan lesen L sudah lama disiapkan....

Menghadiri kelas memandu..tempoh belajar memandu ialah 10 jam....tetapi ianya memakan masa yang begitu lama sehingga hampir 3 bulan...kerana perlu menunggu kekosongan kelas dan faktor hujan sehingga tidak boleh hadir kelas...

Mencari rakan yang boleh mengajar memandu...bertanya sana-sini..sehingga berniat sanggup pergi Kedah semata-mata ingin kawan mengajar memandu....tetapi hajat itu dibatalkan.......

Menahan telinga dengan makian daripada seorang abang yang sanggup mengajar buat sementara waktu...lebih makian daripada ajaran sebenarnya......

Belajar membawa kereta daripada seorang kawan abang...tetapi hanya satu hari..kerana diserang demam keesokkan harinya......

Mencari guru alternatif yang sanggup mengajar.....akhirnya  berjaya memujuk seorang guru memandu menjadi guru alternatif........

Seterusnya........

Menduduki ujian Pra-Test JPJ......lulus walaupun terasa hampir gagal.....

Menghabiskan seisi latihan  10 jam dan menghadapi kesukaran dalam mendaki bukit.....

Menduduki ujian JPJ sebenar....

Berjaya mengatasi ujian bukit walaupun enjin mati.....tetapi berjaya juga disempurnakan......

Berjaya melakukan "side-parking"

Berjaya melakukan tiga penjuru

Berjaya menjalani ujian jalan raya walaupun menghadapi kesukaran dalam "hand-brake" dan terlupa menentukan gear dalam keadaan bebas awalnya.......

Akhirnya lulus dengan markah 16/20.......

Begitu lama proses mendapatkan lesen memandu kereta...bulan 2 mendaftar.....bulan 3 menunggu lesen L siap sedangkan sudah lama siap tetapi akibat berlaku salah faham...bulan 4 baru mendapat lesen L dan memulakan kelas belajar memandu...menunggu kekosongan kelas...tidak dapat hadir kelas kerana hujan.......bulan 6 tempoh belajar berjaya dihabiskan dan mengambil ujian memandu...bulan 7 lesen kelas D berjaya diperolehi.........

Alhamdullillah.....................................................................................

Semoga ada manfaatnya "post" kali ini......................................................................................

insya-Allah...................................

amin.