Pagis

Wednesday, June 25, 2014

Umur yang ditetapkan tidak pernah berkurang atau bertambah sehari



Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Sekadar perkongsian nasihat daripada seorang penceramah semasa saya sedang mendengar siaran radio sebelum melelapkan mata...

"Tidak perlu minta umur yang panjang kerana sudah ditetapkan oleh Allah s.w.t tempoh masa kita hidup..ianya tidak pernah lewat sehari dan tidak pernah awal sehari...sebaliknya mintalah umur yang dipenuhi keberkatan...kerana umur yang panjang tetapi tidak berkat tidak bermakna"

Moga ada manfaatnya untuk kalian dan saya daripada "post" kali ini........

Insya-Allah...

amin.

Tuesday, June 17, 2014

Selesai ujian "Pra-Test" kini menunggu ujian JPJ pula... lulus Pra Test barangkali atas dasar simpati..

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

                                 
                                           

Ujian "Pra-Test" kereta berjaya lulus..menunggu untuk ujian JPJ pula....

Tetapi,sepanjang tempoh ujian Pra-Test banyak kali berlaku kesukaran menukar gear,mengimbangi kereta,menekan "clutch" dan pedal minyak...

Malah,enjin kereta mati sebelum perjalanan dimulakan...

Hujah pembelaan bagi diri ini,tidak pernah membawa kereta Viva...malah semasa belajar memandu membawa kereta Kancil...tetapi hujah ini mudah dipatahkan oleh pegawai ujian dan cikgu memandu...

Diberikan lulus oleh penguji...tetapi barangkali lulus atas dasar simpati melihat muka ini yang penuh kekecewaan...

Komen yang diberi oleh penguji harus berusaha lagi dalam penukaran gear....

Justeru,suka atau tidak suka,mahu atau tidak mahu...harus mengambil ujian JPJ...banyak wang ringgit,masa dan tenaga yang telah dan akan digunakan dalam usaha mengambil lesen kereta ini....ujian JPJ inilah akan tahu nasib macam mana........

Sudah selesai mengambil ujian "Pra-Test" kereta...kini menunggu satu lagi ujian sebenar dalam memandu kereta iaitu ujian JPJ...

Korban masa dan wang ringgit yang dilakukan oleh emak saya dan abang Karim yang sudi menjadi guru alternatif membawa kereta saya amat sukar dibalas...

Moga kalian beroleh manfaat daripada "post" kali ini supaya pergi mengambil ujian "Pra-Test"dengan hati yang tenang kerana kalian seorang HEBAT!!!

insya-Allah...

amin.

Sunday, June 15, 2014

Hipokrit...dalam hidupku ini jelas aku seorang hipokrit

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Hipokrit....maksudnya~http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hipokri

                                       

Hipokrit~rasanya hidup ini berlandaskan kepada perkataan ini....mungkin tidak kepada diri kalian yang membaca "post" tetapi bagi diri ini-ya...aku seorang hipokrit...

Mendengar perkataan ini kali pertama...semasa masih di sekolah rendah....ketika seorang kawan yang menegur sikap yang pendiam di sekolah tetapi sangat bising di rumah...

Kini..setelah lama meninggalkan sekolah rendah..dan kawan itu juga jarang ditegur walaupun kadang-kala berjumpa....terasa betapa hidup ini begitu hipokrit...

Buktinya...

Semasa belajar kereta...semasa guru mengajar memberitahu sudah "fed-up" mengajar saya membawa kereta....diri ini hanya tersenyum,memohon maaf dan menganggukkan kepala...tetapi dalam hati berkata "aku lagi fed-up tengok muka kau..bukan ajar sangat pun..heboh main handset jer lebih" bukankan ini dipanggil hipokrit...

Bukti yang lebih jelas...

Berkawan dengan kawan di universiti...supaya memudahkan urusan membuat tesis bagi tahun akhir...supaya urusan menjadi lebih mudah kerana mengharapkan kawan membuat tesis...sedangkan berasa tidak seronok berkawan dengan dia....bukankah ini dipanggil hipokrit...

Hipokrit...sangat membencikan bila terpaksa melakukan perangai hipokrit...tetapi bagi kelangsungan hidup...maka hipokrit dilakukan.......

Moga kalian berasa bangga dengan diri kalian kerana tidak pernah hipokrit dalam kehidupan dan terus tenang dalam mencapai kejayaan...

Insya-Allah...

amin.

Thursday, June 12, 2014

Kekesalan hidup yang berlaku...menyakitkan dan menyedihkan

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


                                   

Peristiwa yang dikesalkan banyak berlaku dalam hidup ini....

Sekadar yang terlintas dalam ingatan...

Mengikut rakan-rakan bekerja kilang..sedangkan tidak minat bekerja kilang..hasilnya..hanya bekerja selama dua hari...

Mengambil pelengkap subjek yang tidak diminati..hanya untuk mempercepatkan tempoh belajar di universiti..tetapi timbul rasa kesal kerana sudah tidak dapat merasa lagi seronoknya belajar di universiti...

Bersetuju berhutang dengan bapa saudara bagi menampung kos hidup belajar di universiti..hasilnya..bapa saudara merajuk..kerana menolak tawaran menjadi kerani....

Mengambil subjek pelengkap ekonomi.niat asal..jika gagal maka ingin belajar lagi di universiti selama setahun lagi......ternyata gagal ekonomi..tetapi tidak mengikut niat asal..sebaliknya mengambil subjek pelengkap lain..bagi menggantikan subjek ekonomi yang gagal...sangat tidak seronok subjek yang diambil.......seolah-olah menjadi orang lain semasa berada dalam kelas tersebut......

Kini...sedang dalam proses mendapatkan lesen memandu kereta...banyak isu yang timbul...sehingga hampir enam bulan masih dalam proses mendapatkan lesen kereta...tiada niat hendak menyusahkan sesiapa khususnya guru yang mengajar memandu.....

Harapnya..biarlah...proses mendapatkan lesen kereta ini tidak termasuk dalam peristiwa kekesalan dalam hidup ini.......

Terlalu banyak sebenarnya kekesalan yang berlaku dalam hidupku ini..salah sendiri sebenarnya..tidak belajar daripada masa lalu..masih melakukan kesilapan yang sama berulang-ulang kali........menyedihkan..dan ternyata ia juga menyakitkan.......

Kalian...moga kisah kekesalan ini ada manfaatnya...supaya hidup kalian dipenuhi kegembiraan dan bukan kekesalan...

insya-Allah....

amin.

Tuesday, June 10, 2014

Merancang sesuatu aktiviti atau majlis... usaha kita keputusan Nya



Dengan nama Allah s.w. yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Merancang...perancangan...merupakan satu usaha yang perlu dilakukan secara tersusun..

Cuba merancang...

Pertandingan futsal teman-teman...di Universiti Malaysia Sarawak dan juga di kampung..

Majlis doa tahlil bagi sahabat yang kehilangan ibu..

Pertandingan badminton bersama teman-teman...

Ada kisah yang tidak disangka...

Kehilangan telefon bimbit sewaktu bermain futsal...

Dimarahi rakan sewaktu bermain futsal

Mengeluarkan duit sendiri bagi membayar gelanggang futsal...

Gagal menyediakan majlis tahlil yang sempurna...

Tetapi..

Masih ingin merancang lagi aktiviti seperti ini...

Mungkin dalam fikiran..semoga ada manfaatnya kerana jurusan sumber manusia...ada perancangan majlis dan aktiviti seperti ini...

Moga jika dikehendaki mengajurkan majlis atau aktiviti... jika diizinkan oleh Nya merasai peluang dan pengalaman makan gaji dalam bidang sumber manusia...maka akan menjadi satu kerja yang mudah...mudah-mudahan...

Kalian...merancanglah....kerana merancang itu usaha kita manakala hasilnya ditentukan oleh Nya...

Moga kalian beroleh manfaat dalam menganjurkan sesuatu aktiviti atau majlis....

Insya-Allah...

amin.


Monday, June 9, 2014

Mengecewakan hati bapa saudara




Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...



Mengecewakan hati bapa saudara merupakan sesuatu yang sangat menyedihkan...

Menghentikan sebuah kegembiraan dan mendatangkan sebuah kegusaran...

Melenyapkan terus sebuah khalayan..

Terjebak semula ke alam realiti

Alam realitinya..

Masih berhutang..dengan bapa saudara..

Mengecewakan hati bapa saudara kerana menolak cadangan mencari kerja melalui kenalan bapa saudara.....

Mesti...

Mesti bayar hutang bapa saudara...

Mesti cuba kerja makan gaji......

Moga kalian dan saya berjaya.......
insya-Allah........

amin.....

Sunday, June 8, 2014

Pengurusan kewangan...duit...sangat penting



Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Makan di kedai..dan menyedari duit dalam dompet hanya tinggal enam ringgit...dan setelah ditolak duit makan..maka hanya tinggal dua ringgit sahaja...


Pengurusan kewangan perlu diperbaiki lagi..

Antara langkah yang telah dan terus cuba diamalkan dengan izin-Nya,

1)Menyimpan dahulu sebelum berbelanja

2)Menyediakan tabung bagi menyimpan duit syiling

3)Menyediakan tabung khas di mana duit itu digunakan bagi tujuan hobi

Ternyata..masih terdapat langkah yang perlu diambil bagi mengatasi masalah kekurangan wang

Antara langkah yang perlu diambil

1)Kurangkan makan di warung

2)Mempelajari ilmu bagi membolehkan memulakan perniagaan sampingan..

Duit ternyata sangat diperlukan ketika ini untuk

1)Membaiki motorsikal yang rosak

2)Membayar duit belajar dan lesen memandu kereta

Moga ada manfaatnya dan pengajaran kepada kalian yang membaca "post"ini

insya-Allah...

amin.

Friday, June 6, 2014

Pesan Cikgu Memandu-Abang Karim



Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Pesan Abang Karim-abang yang mengajar saya memandu...

Berniaga ini kena rajin minta pada Allah s.w.t supaya murah rezeki...sihat tubuh badan...rajin solat dhuha..

Allah s.w.t akan makbulkan...

"Tak perlu malu nak minta kepada Allah s.w.t".-Abang Karim




"Moga saya akan lulus ujian memandu..mempunyai lesen memandu...''

Insya-Allah...


amin.




Wednesday, June 4, 2014

Semakin hampir setahun





Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..


Semakin menghampiri setahun...

Proses mendapatkan lesen kereta sudah hampir 6 bulan...

Tempoh mencari kerja setelah bergraduat semakin menghampiri setahun..

Semakin membimbangkan...

Jika setahun masih tidak mendapat lesen kereta...semakin sukar mencari kerja kerana persaingan yang semakin membimbangkan...

Berusaha mengambil kelas alternatif membawa kereta...mencari kerja yang mempunyai tempoh masa jawapan yang lebih panjang... itu sahaja yang boleh dilakukan ketika ini..sementara itu menolong emak berniaga di pasar....

Itu sahaja yang boleh dilakukan..

Jadi,tidak membuang masa..

Gunakan masa kalian dengan hebat...

Insya-Allah...

amin...

Monday, June 2, 2014

Perut buncit

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Perut semakin buncit.....

Buktinya~

Ahli keluarga..-"kau kena senaman dik...perut dah makin besar"

Setiap kali jumpa kawan- maka ucapan yang keluar.."eh...dah besar perut kau Tar" "makin gemuk kau ni"

Setiap kali lalu...promoter jual alat pelangsingan badan akan bagi "flyers" untuk produk mereka

Saudara-mara..."eh....besar badan....."

Pernah cuba bermain futsal untuk kuruskan badan tetapi tulang kaki terasa amat sakit.....

Kini cuba mengamalkan senaman lapan minit yang diajar dalam video di You Tube





Mudah-mudahan perut tidak buncit lagi...

Insya-Allah..

amin....

Sunday, June 1, 2014

Dah masuk bulan 6



Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Dah masuk bulan 6...

Blog ini harus diberi cara penulisan yang berbeza...

Lebih mudah dibaca...

Lebih rajin saya update~insya Allah...

Dah masuk bulan 6

Semakin dekat surat PTPTN untuk sampai ke rumah...

Lesen kereta masih belum diperolehi...

Perniagaan kecil-kecilan semakin diancam persaingan...

Hutang Pak Ngah harus dibayar...


Dah masuk bulan 6

Moga-moga blog ini masih diteruskan kerana tumpuan lebih diberikan ke atas blog ini......

Insya-Allah...

amin.