Pagis

Friday, May 2, 2014

Jujur dalam mencari rezeki

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Sedikit kata-kata daripada Khatib yang membaca khutbah Jumaat hari ini...tajuk khutbah ialah "Jujur dalam mencari rezeki"

Terdapat tiga perkara secara ringkasnya......

Cepat~laksanakan kerja dengan cepat

Tepat~melakukan kerja dengan betul

Berkat~melakukan kerja yang halal dan berkat...

Semoga ini dapat menjadi satu panduan hidup dalam diri ini~hamba Allah yang lemah  dan buat kalian~Generasi Selepas Diri yang HEBAT!!!

insya-Allah...

amin.

Thursday, May 1, 2014

Berjaya buat kapal daripada kertas buat pertama kalinya ketika berumur 24 tahun

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Pertama kalinya..dalam hidup ini..saya~hamba Allah yang lemah..berjaya membuat kapal daripada kertas...ketika berumur 24 tahun......

Proses belajar membuat kapal kertas ini...bermula dengan zaman prasekolah...zaman  kanak-kanak..saya~hamba Allah yang lemah ini berhenti membuatnya...ketika cubaan kali pertama semasa zaman kanak-kanak...gagal sekali dan terus berhenti...sehinggalah saya berumur 24 tahun..

Belajar daripada anak saudara...gagal..tetapi kemudiannya...diri ini~hamba Allah yang lemah...melayari "You Tube" bagi melihat cara-cara membuat kapal daripada kertas...

Sebelum itu,diri ini pernah meminta tunjuk ajar daripada emak~teknik yang berbeza dan lebih sukar.....diri ini~hamba Allah yang lemah..gagal juga membuat kapal daripada kertas.....

Menonton video di "You Tube"...belajar membuatnya perlahan-perlahan..sambil cuba mengingati serba-sedikit ajaran daripada anak saudara.......syukur kepada Allah....berjaya......

Proses menghasilkan kapal daripada kertas ini....sangat bermakna bagi seseorang yang pernah cuba membuatnya kali pertama semasa zaman prasekolah tetapi gagal.....berhenti melakukannya bagi tempoh masa yang lama...sebelum berjaya membuatnya ketika usia 24 tahun......

Buat Kalian~Generasi Selepas Diri Yang Hebat~ moga kisah ini sedikit sebanyak menjadi pencetus kepada semangat ingin melakukan sesuatu semula hingga berjaya walaupun ianya mengambil masa yang lama.....Kalian pasti memahaminya..kerana Kalian~Generasi Selepas Diri  Yang HEBAT!!!

insya-Allah.....

amin...