Saturday, September 7, 2013

Kisah Telefon Bimbit

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Saya~hamba Allah yang lemah mempunyai kisah telefon bimbit yang diharap dapat dijadikan iktibar oleh kalian~Generasi Selepas Diri yang HEBAT........

Saya pernah kecurian telefon bimbit semasa bermain futsal.........saya pernah mengada-ngada untuk merayu emak saya membelikan telefon bimbit,hasilnya?~tiada satu pun senarai nama yang diletakkan dalam telefon bimbit saya yang pertama...........

Saya pernah tercicir telefon bimbit semasa mencari bahan niaga semasa bulan Ramadhan..syukur kepada Allah s.w.t dan terima kasih kepada hamba Allah yang mulia hatinya kerana terjumpa telefon bimbit saya dan menelefon nombor rumah yang terdapat dalam telefon bimbit saya yang tercicir.Semoga Allah s.w.t menerimanya sebagai amal jariah dan pahala berterusan daripada hamba Allah yang mulia hatinya kerana memulangkan telefon bimbit saya yang tercicir.

Tetapi......telefon bimbit itu kemudiannya telah hilang semasa saya meletakkan dalam bilik yang telah saya ubahsuai menjadi pejabat saya....

Saya kemudiannya telah membeli telefon bimbit baru di mana emak saya telah mengeluarkan rm 200 berbanding saya yang hanya mengeluarkan rm 100 bagi membeli telefon bimbit tersebut yang berharga 300...

Saya tidak pandai menggunakan telefon bimbit tersebut dan telah berulang-alik ke kedai kerana mengjangkakan bahawa telefon bimbit tersebut tidak dapat berhubung dengan internet di rumah saya~sedangkan saya sebenarnya yang tersilap memasukkan katalaluan bagi membolehkan internet dan rumah saya bersambung.

Saya berharap kisah telefon bimbit ini menjadi satu peringatan supaya kalian~generasi selepas diri yang HEBAT......bersikap hati-hati kerana sikap terburu-terburu mendatangkan banyak masalah...contohnya kepada saya~hamba Allah yang lemah..

Kalian~generasi selepas diri yang HEBAT~pasti akan mempunyai sikap berhati-hati kerana kalian HEBAT.insya-Allah...

amin.

0 comments:

Post a Comment