Pagis

Thursday, September 26, 2013

Doa hamba ya Allah..sesungguhnya Allah Maha Memperkenan Doa..

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Terima kasih ya Allah kerana memperkenan doa saya-Ahmad Tarmizi b.Mohktar layak bergraduat bulan November 2013...

Saya~hamba Allah yang lemah memohon kepada mu ya Allah..

Bantulah supaya hamba jumpa atau mendapat semula keputusan MUET

Dapat menyelesaikan masalah berkaitan dengan konvokesyen dan segalanya berjalan lancar

Dapat mengambil lesen kereta

Dapat memperolehi pekerjaan tetap yang bergaji

Dapat memulakan dan mempunyai perniagaan sampingan

Dapat mempunyai pelaburan yang halal mengikut hukum syarak dan memberi keuntungan

Insya-Allah

"Hamba mohon kepada mu ya Allah..perkenankanlah doa hamba..dan yang pastinya doa hamba pasti bertambah dan berterusan.........."


amin.

Wednesday, September 25, 2013

Ya Allah..bantulah supaya hamba lebih rajin bersedekah..kerana Allah s.w.t

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Terima Kasih ya Allah kerana memperkenan doa saya-Ahmad Tarmizi bin Mohktar layak bergraduat bulan November 2013...

Hari ini saya~hamba Allah yang lemah~berasa sangat kedekut..

Jelas..hati ini masih takut untuk bersedekah....

Mengapa?

Sedangkan Allah s.w.t dah berjanji pulangan sebanyak 7 kali ganda bagi setiap 1 kali sedekah dari hambaNya.......

Jelas..hati saya~hamba Allah yang lemah~masih cintakan dunia...masih takut bersedekah..........


Saya percaya Kalian Generasi Selepas Diri yang HEBAT..tidak seperti saya~hamba Allah yang lemah~akan rajin bersedekah...kerana itu Kalian..HEBAT..........

Insya-Allah.........................................................................................................

amin.

Tuesday, September 24, 2013

Mimpi digigit anjing hitam di pergelangan tangan...

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Terima kasih ya Allah kerana memperkenan doa saya-Ahmad Tarmizi b.Mohktar layak bergraduat bulan November 2013...

Hari ini bermimpi..mimpi dikejar anjing hitam dan digigit di pergelangan tangan...sakit..bila bangun..sakitnya seakan-akan masih terasa...

Mungkin disebabkan saya~hamba Allah yang lemah~ini tidur dari Zuhur hingga hampir waktu Asar....mujur  dikejutkan dengan mimpi tersebut.............

Tetapi..saya~hamba Allah yang lemah~bila tersedar daripada mimpi digigit  anjing tersebut..hanya beralih tempat tidur dan terus menyambung tidur semula....

Tidur sehingga telah masuk waktu Asar........

Tidur itu perlu.tetapi saya rasa seperti diri sentiasa tewas dengan godaan tidur yang terlampau waktu siang hari sehingga menyebabkan masa menjadi tidak mencukupi untuk saya~kita diberi masa yang sama-24 jam setiap hari dalam hidup.......................................................

Saya~hamba Allah yang lemah~percaya Kalian Generasi Selepas Diri yang HEBAT ini pasti sentiasa memanfaatkan masa..kerana itu Kalian-HEBAT......


insya-Allah..............................................................................................................

amin.


Monday, September 23, 2013

Semoga semua kaum "emak/ibu/mama/mami/ummi..dan gelaran lain yang membawa maksud "emak" sentiasa dirahmati Allah s.w.t

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Terima kasih ya Allah kerana memperkenan doa saya-Ahmad Tarmizi b. Mohktar layak bergraduat bulan November 2013...



Semoga semua ibu,ummi,emak,mama,mami,mother..dan lain-lain sebutan yang membawa maksud '"emak"..termasuk emak saya~hamba Allah yang lemah diberi kesihatan yang baik dan umur yang panjang........

Semoga kita semua dapat berbakti kepada emak kita................................................................................

Semoga ibu,ummi,emak,mami,mother yang telah pergi............ditempatkan dalam syurga..............................

Kalian~Generasi Selepas Diri yang HEBAT...pasti sentiasa berbakti kepada emak..kerana itu kalian HEBAT....

insya-Allah...........................................................................................................................................

amin.

Saturday, September 21, 2013

Jom solat dhuha..saya tidak mampu melakukannya berterusan tetapi yang kadang-kadang dilakukan ini pun Allah bagi nikmatnya...............

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Terima kasih ya Allah kerana memperkenan doa saya-Ahmad Tarmizi b.Mohktar layak bergraduat bulan November 2013...

Hari "post" ini ditulis, Allah s.w.t telah memberi saya~hamba Allah yang lemah ini untuk melakukan sembahyang sunat dhuha.....syukur kepada Allah.....

Saya dapat berniaga di pasar borong seorang diri tanpa ditemani emak..

Saya dapat menghadiri majlis kesyukuran Noor Aiman..

Saya dapat makan dan minum...

Saya dapat mesin kelapa untuk tempahan...

Saya dapat jumpa kawan lama-Boboy dan Mazwan...

Saya dapat bernafas

Saya dapat bercakap

Saya dapat menulis

Saya dapat pergi dan balik kenduri dengan selamat..

Saya dapat mengelakkan diri daripada rasa rendah diri

Saya dapat beli bateri jam-pentingnya menghargai masa...

Saya dapat tengok cerita komedi untuk menghiburkan hati.....

Saya~hamba Allah yang lemah ini rasa telah banyak nikmat yang Allah bagi kepada saya dan pastinya kepada semua yang membaca secara sengaja atau tidak "post" ini...tidak terhitung..tidak sedar..saya percaya Kalian Generasi Selepas Diri yang HEBAT diberi oleh Allah pelbagai rezeki dan nikmat...kerana kalian bersyukur dan kerana itu kalian HEBAT,

insya-Allah..........................................................................................................................................

amin.

Friday, September 20, 2013

Hari ini saya-Ahmad Tarmizi b.Mohktar tengok jarum jam berjalan dengan pantas

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Terima kasih ya Allah kerana memperkenan doa hamba-Ahmad Tarmizi b.Mohktar layak bergraduat bulan November 2013..

Hari ini melihat pusingan jam~"sungguh pantas perjalanan jarum jam tu" detik hati kecil saya~hamba Allah yang lemah..teringat kembali zaman sekolah rendah..bila diminta oleh Cikgu Borhan(terima kasih Cikgu Borhan dan semua cikgu kerana sudi ajar saya..bagi ilmu dekat saya)..supaya "balik,tengok jam dekat dinding dan lihat poses perjalanan waktu dan minit" ...syukur kepada Allah s.w.t kerana hasil daripada ajaran Cikgu Borhan,saya~hamba Allah yang lemah ini memahami bahawa..

1)satu pusingan jam..dari jarum 12 hingga 12..bererti satu minit..
2)setiap jarak angka di jam adalah bersamaan 5 minit..contoh angka 5 ke angka 10..(jarak lima minit)
3)satu jam bersamaan 60 minit..
4)satu hari bersamaan 24 jam..


Tetapi..semasa itu,saya hanya memahaminya sebagai ajaran ilmu Matematik daripada Cikgu Borhan..kini..hari "post"ini ditulis saya~hamba Allah yang lemah ini merasa terkejut akan pantasnya pergerakan jarum jam tersebut...

*Saya mendapat hadiah jam tangan daripada Pak Ngah saya tetapi saya tidak memakainya.maafkan saya Pak Ngah*.


Maafkan saya ya Allah...Maafkan saya Ya Allah..Maafkan saya ya Allah...............

Saya telah rugi banyak masa kerana mempunyai sikap bertangguh..sikap yang sedang cuba diatasi....

Saya percaya..Kalian Generasi Selepas Diri yang HEBAT......pasti sangat menghargai masa.......kerana itu kalian HEBAT.....

insya-Allah....................................................................................................................

amin.

Thursday, September 19, 2013

Hati ini masih terikat dengan dunia kerana gagal menderma kepada hamba Allah depan pasaraya.......................

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Terima kasih ya Allah kerana memperkenan doa saya~Ahmad Tarmizi b.Mohktar kerana layak bergraduat bulan November 2013...

Hari ini jelas terbukti hati saya~hamba Allah yang lemah ini masih terikat dengan dunia...buktinya..selesai saya membayar barang di sebuah pasar raya,terdapat seorang hamba Allah yang berdiri sambil memegang kotak derma...tangan saya ingin capai dompet...

Tetapi..barangkali hati saya~hamba Allah yang lemah ini terikat dengan dunia.terdetik hati-"entah ya entah tidaklah kutip derma untuk.........bohong kot ni"

Maka tangan saya tidak mencapai dompet..sebaliknya saya~hamba Allah yang lemah ini melangkah keluar dari pasaraya tanpa memberi derma kepada hamba Allah tersebut...

Bukankah jelas terbukti yang hati saya ini masih terikat dengan dunia..sedangkan saya pernah menulis satu "post" di sebuah forum keusahawanan bahawa dua pelaburan yang tidak akan rugi ialah

1)pelaburan ilmu
2)pelaburan zakat dan sedekah

Tetapi..saya sendiri tidak bersedekah kepada hamba Allah tersebut...ternyata hendak melakukan seperti yang dikongsi sangat sukar sekali..

Maafkan saya....kerana menulis sesuatu sedangkan saya sendiri tidak sempurna mengamalkannya...saya percaya dua pelaburan yang tidak akan rugi sampai bila-bila itu benar sekali........kerana saya mendapat ilmu(saya menganggapnya sebagai ilmu) yang diberi oleh seorang usahawan Muslim yang berjaya.....

Saya juga pernah menganggap bahawa saya boleh menukar sedekah saya yang berbentuk duit kepada sesuatu yang lain seperti makanan atau minuman..

Tetapi..saya gagal melakukan hal ini dengan Hamba Allah yang berada depan pasaraya..............................

Saya percaya-Kalian Generasi Selepas Diri yang HEBAT akan sentiasa bersedekah..kerana itu kalian~ HEBAT.......insya-Allah...............................................................................................................................

amin.

Wednesday, September 18, 2013

Terima kasih ya Allah kerana memperkenan doa supaya saya~Ahmad Tarmizi b.Mohktar layak bergraduat bulan November 2013..dan juga doa-doa lain yang telah dimakbulkan yang tidak terkira banyaknya...

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Terima kasih ya Allah kerana memperkenankan doa saya-Ahmad Tarmizi bin Mohktar layak bergraduat bulan November 2013 bagi Program Pembangunan Sumber Manusia, di Universiti Malaysia Sarawak.

Terima kasih ya Allah kerana memperkenan doa saya layak memasuki Universiti Malaysia Sarawak bulan Disember 2010...

Terima kasih ya Allah kerana menempatkan dua orang kawan saya-Noor Aiman b.Abd Rahman dan Izzat Amirul...juga di Universiti Malaysia Sarawak...

Terima kasih ya Allah kerana memperkenan doa saya untuk gagal ekonomi kononnya saya ingin menggenapkan lagi setahun di Universiti Malaysia Sarawak~tujuan sebenar kerana saya rasa selesa dan mewah bila duit elaun dimasukkan bulan-bulan sepanjang belajar di Universiti Malaysia Sarawak tanpa perlu bersusah payah..tapi Allah s.w.t lagi Maha Bijak bagi setiap urusan hambanya~saya hamba Allah yang lemah...........Terima kasih ya Allah kerana memberi kesedaran tentang bernilainya setiap sen yang dibelanjakan ke atas saya..........

Terima kasih ya Allah kerana memberi saya ilmu panduan mengenai penjagaan motorsikal EX5 melalui tunjuk ajar yang diberi kawan-kawan......Asif, Abang Alel,Mat Noor, Aiman.........

Terima kasih ya Allah kerana memberi saya peluang menonton rancangan tv Astro bila menyewa rumah bersama-sama kawan-kawan rumah sewa....Asif,Abang Alel,Aiman,Justin,Pian..........

Terima kasih ya Allah kerana memberi saya peluang bermain badminton dalam gelanggang badminton bersama-sama kawan-kawan main badminton...Asif,Justin,Abang Alel,Aiman,Boboi(Raynozainiza),Ben,Pian,Desmond,Kawan Desmond,Fadhil,Mat Noor..

Terima kasih ya Allah..

Buat kalian~Generasi selepas diri yang HEBAT~moga-moga kalian sentiasa berterima kasih terhadap ilmu yang diperolehi sepanjang hidup..kerana kalian pasti akan menggunakan ilmu tersebut ke arah kebaikkan kerana itu kalian~HEBAT..insya-Allah.........................................................................................................

amin.

Sunday, September 15, 2013

Emak bawa pergi SPA Kecantikkan dan Rawatan Kesihatan milik kawannya dan emak juga merawat saya hari ini..............

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Ya Allah perkenankanlah doa hamba~Ahmad Tarmizi bin Mohktar supaya layak bergraduat bulan November 2013..................amin.

Hari ini emak..Jamaliah bte Deraman...tolong saya~hamba Allah yang lemah ini berjumpa dengan kawan emak. Seorang pemilik Spa Kecantikkan dan Rawatan Kesihatan.....

Tujuan emak berbuat demikian kerana saya~hamba Allah yang lemah ini ingin berniaga dan selalu mendesak emak menunjukkan cara-cara untuk memulakan perniagaan. Jadi emak sanggup naik motorsikal dengan kaki yang baru hendak sembuh kerana bengkak bersama-sama saya bagi membolehkan saya berjumpa dengan pemilik Spa Kecantikkan dan Rawatan Kesihatan tersebut dan bertanyakan hal-hal memulakan perniagaan......

Hari ini emak juga.....merawat saya kerana mengalami senak di bawah perut.....caranya~emak memanaskan kain bersih dengan seterika...dan kemudiannya kain yang masih panas kerana diseterika diletakkan dengan berhati-hati di tempat yang bermasalah.......

Saya~hamba Allah yang lemah ini tidak akan sesekali mampu membalas jasa emak saya..tetapi saya sukar untuk melakukan perkara yang sesuai dengan jasa emak saya....tiap kali emak saya melakukan kesilapan....seperti tidak ingat jalan ke tempat yang dituju....maka saya akan marah......saya percaya emak saya memaksa diri untuk mengingati jalan ke Spa Kecantikkan dan Rawatan Kesihatan milik kawannya itu.

Buat kalian~Generasi Selepas Diri Yang HEBAT~tujuan saya~hamba Allah yang lemah ini menulis tentang perkara yang dilakukan emak saya kerana saya mempunyai kesukaran untuk bercakap yang saya sayang emak saya..oleh itu..hanya penulisan sahaja dapat digunakan untuk memberitahu sayangnya saya terhadap emak.....dan saya berdoa dan berharap semoga "post"saya ini dapat dibaca oleh emak saya ..tetapi saya percaya kalian pasti akan sentiasa mengucapkan dan melakukan perbuatan yang menunjukkan sayang kalian kepada emak kalian...tidak kira jika masih ada emak.....atau hanya sekejap mempunyai emak......atau tidak pernah mempunyai emak langsung.......kerana kalian HEBAT...insya-Allah...

amin.

Friday, September 13, 2013

Hidup dalam dunia angan-angan....tanpa tindakan.....sia-sia dan menyakitkan....ini satu penyakit...tolong tidak amalkan............

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Ya Allah perkenankanlah doa hamba~Ahmad Tarmizi bin Mohktar supaya layak bergraduat bulan November 2013....amin.

Kehidupan semasa kecil yang jarang keluar rumah....berubah hari ini...saat tarikh "post" ini ditulis........menebang pokok....digigit kerengga....sakit.......tapi inilah pengalaman zaman kanak-kanak yang tidak pernah aku lalui........tetapi Allah s.w.t Maha Memperkenan doa...aku merasai zaman kanak-kanak saat aku sudah mencapai umur 23 tahun~saat "post" ini ditulis.......

Aku merasai kesusahan emak....mencari barang untuk diniagakan......membesarkan anak-anak?itu tidak tepat......anak emak semua dah besar....tetapi barangkali aku dah besar tetapi belum dewasa......emak cari duit niaga......untuk bayar bil elektrik....bil air...........duit makan........duit minum........duit minyak...........duit "top-up"......semua ini diberi kepada aku.........selaku  anak........

Aku tidak pasti.......hidup aku seterusnya......rancangan.....perancangan.......impian....matlamat.......semua aku ada buat...........cuma

Tindakan sahaja tidak pernah dilakukan~sia-sia sahaja ada rancangan tapi tidak melakukan tindakan.......

Aku nak berniaga..tapi emak kena ada.baru aku boleh berniaga....

Aku nak buat perniagaan dalam talian.....satu sen pun tidak pernah dijana daripada internet.......

Aku cuma tahu cakap......bercakap........bercakap-cakap......hasilnya tiada.........

Aku macam tin kosong.......bunyi bising....tetapi.......dalamnya kosong.......

Aku nak kerja....tapi tidak pernah yakin dapat melakukan kerja dengan baik.....takut..................................

Emak.......dah banyak tolong.......................................................................................................................

Aku nak ambil lesen kereta.....guna duit emak.......

Maafkan saya ya Allah....Maafkan saya ya Allah...........Maafkan saya ya Allah............................................

Kalian~Generasi Selepas Diri yang HEBAT........jika ada yang berasa kecewa kerana ketidakupayaan diri sama ada diri sendiri............atau mengenali sesiapa sahaja yang mengalami situasi rasa diri tidak berkemampuan.......harapan dan doa saya~hamba Allah yang lemah ini......kalian dapat membaca "post"ini.....supaya kalian tidak sedih kerana ada manusia.....yang lebih lemah dan ada manusia yang lebih hebat~kata-kata ini saya tidak ingat sumbernya......kerana saya manusia.......manusia adalah makhluk lemah~sebab itu namanya Al-Insan......lemah dan lupa....ini menurut kawan saya Noor Aiman b.Abd Rahman...terima kasih Man atas ilmu yang mahal harganya........................


Saya~hamba Allah yang lemah...hanya tahu bercakap dan berangan tanpa tindakan....mudah-mudahan sebelum saya "pergi"....saya dapat mengatasinya...........

Saya percaya kalian~Generasi Selepas Diri yang HEBAT...........pasti tidak seperti ini kerana kalian akan melakukan tindakan selepas perancangan...........kerana itu kalian~HEBAT........insya-Allah..........................

amin.



Thursday, September 12, 2013

Hidup sebagai pelajar



Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...



Ya Allah perkenankanlah doa hamba~Ahmad Tarmizi bin Mohktar supaya layak bergraduat bulan November 2013...amin.

Sudah tamat perjalanan menjadi seorang pelajar...pelajar secara rasminya...dari tadika,sekolah rendah,sekolah menengah,dan akhirnya universiti....

Perjalanan bermula di tadika.......seorang pelajar yang menangis bila tengok emak nak balik..sehingga emak tunggu di bawah payung sekolah sehingga tamat waktu persekolahan......hinggalah cikgu tadika~Cikgu Marsilah dan seorang ustazah menegur aku supaya tidak menangis bila tengok emak nak balik........ini kisah di tadika....kisah permulaan hidup aku menjadi pelajar........tadika...........

Perjalanan seterusnya~sekolah rendah........boleh dikatakan aku pelajar cemerlang....kerana sering naik ke pentas mendapat hadiah kerana memperolehi markah tertinggi dalam bahasa Inggeris dan mendapat tempat ke 2 atau ke3.......tidak pernah aku mendapat nombor 1....sekolah rendah tamat dan aku tidak menyedari satu kelemahan aku ketika ini~KEMAHIRAN HIDUP........sekolah rendah...........

Aku juga belajar di sekolah rendah agama......ketika aku di darjah 3.......sekolah agama......aku pendiam...sehingga diberi hadiah sebagai pelajar contoh hanya kerana aku diam......tapi hakikatnya aku mendiamkan diri kerana aku tidak pandai membaca jawi dan mengaji Al-Quran........tulisan aku juga buruk sehingga ditegur ustazah bahasa Arab..."tulisan macam budak darjah satu".....aku gagal memperbaiki tulisan sehingga ke tarikh "post"ini ditulis..............Aku mula tahu membaca jawi apabila menghadiri satu kelas khas yang dibuat oleh guru besar sekolah agama aku~hanya satu kelas dan aku telah berjaya membaca jawi secara merangkak-merangkak......hebat teknik guru besar sekolah agama aku.........guru besar sekolah agama aku juga akan mengadakan seisi ceramah pada hari Jumaat......antara yang aku ingat~

1)Nabi Muhammad s.a.w guna satu gayung air untuk mengambil wudhuk sudah cukup..cerita guru besar sekolah agama aku bila melihat kami membazir air sewaktu mengambil wudhuk....

2)Niat yang baik semasa mengambil wudhuk seperti "Ya Allah,jadikanlah kakiku ini melangkah ke tempat yang baik dan jauh dari tempat maksiat" sewaktu membasuh kaki semasa wudhuk~ajaran daripada guru besar sekolah agama aku....

Perjalanan seterusnya.....sekolah menengah.........tingkatan satu.........aku begitu berkobar-berkobar untuk menjadi pelajar cemerlang......dan aku berjaya masuk ke tingkatan dua rancangan khas satu-kelas budak-budak pandai...sebab dikira kelas pertama antara kelas-kelas yang terdapat di sekolah menengah aku......tapi malangnya berada dalam kelas budak-budak pandai......aku tak cukup pandai....maka aku dipinggirkan dan meminggirkan diri...................hasilnya.....aku mendapat tempat kedua terakhir dalam kelas...buat pertama kalinya dalam hidup.......aku menjadi pelajar yang mendapat kedudukan corot dalam kelas.........tingkatan 3.....aku turun ke kelas rancangan tiga khas dua..............tapi.........biarlah......aku sudah tidak peduli sangat......emak kemudiannya telah memasukkan aku ke kelas tuisyen...........kelas tuisyen........aku sudah mengambil kelas tuisyen semasa aku di darjah tiga lagi.........tuisyen matematik dan bahasa Inggeris...tapi aku tidah habis sehingga ke tingkatan lima seperti along aku...........aku kemudiannya dihantar ke kelas tuisyen lain semasa di tingkatan dua......tingkatan tiga......dan aku hanya minat subjek sejarah kerana cikgu sejarah tersebut menjadikan subjek tersebut seronok............dan hasilnya....aku mendapat "A" subjek Sejarah dalam PMR...Penilaian Menengah Rendah....mungkin kalian~Generasi Selepas Diri yang HEBAT tidak pernah mengambilnya lagi......................subjek lain~tidak gagal tapi bukan "A'. Tingkatan empat......aku masuk kelas sastera iktisas satu...........aku dibuli..........begitu lama aku dibuli sehingga aku pernah tertekan dan menyebabkan kepala aku seperti ingin meletup..............tidak pernah dipukul.............tapi aku sentiasa disuruh mengangkat beg.......atau duduk di tempat tiada orang......barangkali kalau aku mempunyai keberanian untuk bersuara......bukan bergaduh......tapi bersuara.........mungkin..................tingkatan lima......aku masih di tingkatan lima iktisas satu.....dan syukurlah pelajar yang suka membuli aku telah turun kelas.............tapi...........aku mula tidak hadir ke sekolah.....ponteng kelas........tidur dalam kelas......................aku sentiasa mencari alasan untuk menipu emak supaya tidak perlu ke kelas.........pernah sekali...........aku berpura-pura jatuh basikal supaya tidak perlu ke sekolah........................dan barangkali itulah kali terakhir emak bagi aku bawa basikal ke sekolah......seterusnya........dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia...........SPM.......tidak pasti mungkin semasa kalian Generasi Selepas Diri yang HEBAT membaca "post"ini.......SPM mungkin masih ada atau mungkin sudah ditukar nama..............SPM Aku~gagal semua subjek kira-kira.............................maka aku masuk ke tingkatan enam.......ketika aku masuk sudah ditukar nama kepada program persedian universiti(PPU)........aku~PPU Sastera..........ketika di PPU Sastera satu~tingkatan enam rendah........aku jarang hadir.......................tapi aku mula berkawan.....kawan yang aku cari........pakai songkok.......sebab biasanya mereka ini baik..........maka aku berkawan dengan Noor Aiman b.Abd Rahman................aku mula mengikuti aktiviti sekolah..............dan memegang beberapa jawatan........aku bukan seorang pemimpin yang baik kerana mudah cemas........................aku juga bertemu dengan seorang guru cemerlang Pengajian Am....dan jadilah subjek Pengajian Am itu seronok dipelajari.........................................aku juga pernah dihalau keluar kelas kerana salah faham..................................dan aku minta maaf cikgu bahasa Melayu....tamat tingkatan enam..............aku membuat rayuan ke Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS) apabila permohonan aku ke universiti lain tidak diterima.......syukur kepada Allah s.w.t.........aku ingat lagi hari aku mendapat tawaran tersebut...........aku bersujud syukur.............................ya aku masuk UNIMAS dengan kawan aku Noor Aiman bin Abd.Rahman.............buat pertama kalinya.........aku tinggalkan keluarga kerana aku tidak pernah keluar dari rumah untuk tempoh yang lama......................terima kasih kepada kawan aku Aizat kerana memberitahu mengenai peluang kemasukkan ke UNIMAS.............

UNIMAS..........seperti biasa........di tahun pertama......semester pertama lebih tepat lagi...........................aku berkobar-berkobar................untuk menjadi pelajar cemerlang.........dan aku juga jatuh cinta.............sehingga mengabaikan nasihat emak.....................................semester kedua hingga kelima...........aku hancur........kerana mengikut kawan..........."pointer"aku jatuh............dan aku gagal subjek ekonomi sedangkan kawan-kawan aku semuanya lulus subjek ekonomi.........................aku juga boleh dikatakan gagal urus wang dengan baik........kerana aku mendapat duit PTPTN...duit rm300 yang Pak  Ngah aku bagi tiap-tiap bulan........duit rm150 emak aku bagi.........dan kadangkala along aku akan memasukkan duit......serta selalu "top-up"kredit telefon bimbit aku...........tapi aku...........boros..........aku  juga menunggu perempuan yang aku cinta sehingga semester lima.........tetapi hasilnya hampa...............

Kini....saat aku menulis "post"ini......aku sedang menunggu pengesahan aku layak bergraduat............aku sudah hampir habis menamatkan hidup sebagai pelajar secara formal.......tetapi pembelajaran dalam hidup tidak pernah dan tidak akan berhenti......

Buat kalian~Generasi Selepas Diri yang HEBAT.............saya~hamba Allah yang lemah ini berharap.........ada nasihat..tunjuk ajar.......pengalaman.....kelemahan............kesilapan......................daripada "post"ini yang membantu kalian~Generasi Selepas Diri yang HEBAT..........dan menjadi amal saya bila saya mati........insya-Allah........

amin.



Friday, September 6, 2013

Kisah Telefon Bimbit

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Saya~hamba Allah yang lemah mempunyai kisah telefon bimbit yang diharap dapat dijadikan iktibar oleh kalian~Generasi Selepas Diri yang HEBAT........

Saya pernah kecurian telefon bimbit semasa bermain futsal.........saya pernah mengada-ngada untuk merayu emak saya membelikan telefon bimbit,hasilnya?~tiada satu pun senarai nama yang diletakkan dalam telefon bimbit saya yang pertama...........

Saya pernah tercicir telefon bimbit semasa mencari bahan niaga semasa bulan Ramadhan..syukur kepada Allah s.w.t dan terima kasih kepada hamba Allah yang mulia hatinya kerana terjumpa telefon bimbit saya dan menelefon nombor rumah yang terdapat dalam telefon bimbit saya yang tercicir.Semoga Allah s.w.t menerimanya sebagai amal jariah dan pahala berterusan daripada hamba Allah yang mulia hatinya kerana memulangkan telefon bimbit saya yang tercicir.

Tetapi......telefon bimbit itu kemudiannya telah hilang semasa saya meletakkan dalam bilik yang telah saya ubahsuai menjadi pejabat saya....

Saya kemudiannya telah membeli telefon bimbit baru di mana emak saya telah mengeluarkan rm 200 berbanding saya yang hanya mengeluarkan rm 100 bagi membeli telefon bimbit tersebut yang berharga 300...

Saya tidak pandai menggunakan telefon bimbit tersebut dan telah berulang-alik ke kedai kerana mengjangkakan bahawa telefon bimbit tersebut tidak dapat berhubung dengan internet di rumah saya~sedangkan saya sebenarnya yang tersilap memasukkan katalaluan bagi membolehkan internet dan rumah saya bersambung.

Saya berharap kisah telefon bimbit ini menjadi satu peringatan supaya kalian~generasi selepas diri yang HEBAT......bersikap hati-hati kerana sikap terburu-terburu mendatangkan banyak masalah...contohnya kepada saya~hamba Allah yang lemah..

Kalian~generasi selepas diri yang HEBAT~pasti akan mempunyai sikap berhati-hati kerana kalian HEBAT.insya-Allah...

amin.

Thursday, September 5, 2013

Doa..dan pastinya akan terus bertambah....

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Semoga saya~hamba Allah yang lemah ini..

kekal melakukan solat dhuha

menjaga telefon bimbit dengan baik

layak bergraduat pada bulan November 2013

dapat lesen kereta

amin.............................................................
dan senarai doa ini pasti akan bertambah panjang.......................................................................................

tolong doakan saya~hamba Allah yang lemah ini...ya kalian~Generasi selepas diri yang HEBAT.....

Wednesday, September 4, 2013

Mimpi yang menjijikkan

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Hari ini bermimpi perkara yang menjijikkan....mimpi tentang seorang pemuda yang makan dan minum najis..berambut pacak dan berselang hitam dan putih(uban barangkali).

Menjijikkan...masih segar kata-kata dalam mimpi...tidak geli ke buat macam tu? ~saya hamba Allah yang lemah bertanya kepadanya...........balasnya-biasalah cara syaitan....tersedar dari mimpi........sudah pukul 11 pagi...........adakah saya~hamba Allah yang lemah ini mimpi bertemu syaitan?

Maka,mimpi ini menyedarkan saya bahawa syaitan suka kepada kekotoran dan perkara-perkara kotor.........juga mungkin ada kaitannya dengan tidur sehingga tengahari....bukankah kita digalakkan bangun awal.....kerana bangun pagi itu pintu rezeki~kata-kata nasihat daripada sahabat saya Aizat..terima kasih Zat atas perkongsian ilmu yang tidak ternilai harganya ini.

Maka kalian~Generasi selepas diri yang HEBAT~pasti tidak akan bermimpi perkara seperti ini kerana kalian generasi yang pentingkan kebersihan.....dan bangun awal pagi kerana itu kalian HEBAT.....insya-Allah..amin.


Tuesday, September 3, 2013

"Sukacita Dimaklumkan Anda Layak Bergraduat"bulan November 2013..............amin.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Ya Allah bantulah hamba-mu yang lemah ini supaya disahkan dan layak untuk bergraduat pada bulan November 2013 nanti ya Allah.

Hambamu yang lemah ini tidak sanggup untuk mengambil semula subjek ekonomi.....lebih-lebih lagi akan keseorangan...hamba tidak mampu ya Allah......

Ya Allah......perkenankanlah doa emak hamba yang ingin hamba layak bergraduat bulan November 2013 ini ya Allah....perkenankanlah doa hamba ya Allah~Ahmad Tarmizi bin Mohktar untuk layak bergraduat bulan November 2013 sekaligus tidak perlu mengambil semula subjek ekonomi.........

Tujuan saya menulis doa saya di blog ini pada hari ini juga dengan harapan mereka yang membaca atau terbaca blog ini supaya mendoakan saya layak bergraduat dan semasa tarikh semakan pengesahan konvo iaitu pada 18/9/2013.....maka akan keluar perkataan "SUKACITA" dimaklumkan...........amin.

Maafkan saya ya Allah kerana hanya bersembahyang dan berdoa hanya semasa inginkan sesuatu hajat tercapai. Kalian~Generasi Selepas Diri yang HEBAT.......pasti tidak akan melakukan perbuatan seperti ini kerana kalian HEBAT......insya-Allah.....amin.

Monday, September 2, 2013

Hari ini dengan Emak

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Hari ini..

Mak tolong hantar buku "report" Latihan Industri ke Kolej Komuniti..Mak jalan kaki sahaja..sebab saya~hamba Allah yang lemah malu nak jumpa penyelia organisasi...

Mak teman betulkan kad bank Maybank yang dah rosak sampai tertidur menunggu giliran saya~hamba Allah yang lemah....

Mak teman dan bagi duit beli telefon bimbit baru untuk saya~hamba Allah yang lemah...............

Mak bagi kerepek...lepas balik daripada baca nazam..........

Mak......terima kasih...............jasa mak tidak dapat anak Mak ini nak balas.....moga-moga Mak -ditempatkan di syurga bersama-sama orang yang beriman......amin.

Tapi saya...terus naik marah bila teman mak berpusing-pusing di Masjid Al-Azim....

Saya harap dan percaya kalian~Generasi Selepas Diri yang Hebat tidak seperti saya....kerana kalian~Generasi Selepas Diri yang Hebat pasti sayang emak kalian dan tidak akan menyusahkan emak kalian.insya-Allah.....amin.