Pagis

Monday, January 14, 2013

Perjalanan cari tikar Sarawak


Assalamualaikum w.b.t

Perjalanan mencari tikar Sarawak,

Hari ini,diri ini cuba mencari tikar Sarawak.sebenarnya tidak mahu letak harapan dan tidak mahu berharap...berjumpa dengan tikar Sarawak kiriman abang kandung diri ini yang sulong~Along.

Berpusing di jalan yang sama,walau dah banyak kali mengikut teman dan sahabat..tetapi masih lagi sesat...maaflah diri  sebab dapat diri macam ini...


Perjalanan mencari tikar Sarawak ini harapnya dapat menjadi amalan kepada diri ini.Moga-moga kalian~generasi selepas diri dapat sedikit walau secebis..harapnya ada~ya itu doa..permintaan diri ini...

Segala puji bagi Allah s.w.t.......

Perjalanan  itu diri ini lakukan keran Along banyak menolong~sedih dapat adik macam ini~bila susah baru nak cari....Maaflah Along,

Segala perancangan harus diatur,telefon duit masuk bila,berapa saiz tikat,kedai mana nak beli,semua itu harus diteliti...

Segala puji Allah s.w.t

Mudahkanlah urusan ini....maaf sahabat,Aiman...kerana tidak menjawab soalan....diri  ini pergi ke tikar Sarawak.....kemudian baru pergi ke pasaraya Giant...

Maaf ya~tolong ampun dosa diri ini~supaya roh tidak berat~senang nak angkat........

Tikar Sarawak sebuah perjalanan..harap-harap dapat menjadi  catitan amalan....


~Untuk kalian generasi  selepas diri.......perjalanan ini mengajar tentang betapa banyaknya yang diri ini tidak mahu tahu..............tolong tidak jadi macam ini.......tolong jadikan perjalanan mencari tikar Sarawak ini amalan diri ini nanti ya?tolong kalian yang hebat~generasi selepas diri.amin.

Friday, January 11, 2013

Hantar salinan surat permohonan kajian dan jumpa pensyarah ketua jabatan

Assalamualaikum w.b.t

Cerita hari ini,

Semoga dapat menjadi wasiat dan amal diri ini,

Alangkah mudah urusan hari ini,

Berjumpa pensyarah..meminta tandatangan untuk kebenaran kajian

Kembara PTA yang lama diri ini tidak tuliskan,satu lagi kelemahan,

Diri ini...

Niat dalam hati..hari Jumaat..hari yang penuh berkat,

Mohon kepada Allah,ya Allah mudahkanlah urusan,yang Maha Pemberi Rahmat,

Ternyata,urusan itu selesai dalam masa yang singkat,

Kemudian...

Diri ini pergi menghantar surat kajian ke pejabat untuk membuat salinan,

Berjumpa dengan pensyarah yang juga merupakan bekas penyelia kajian,

Kembara PTA yang harus diteruskan,

Pensyarah ini juga mengajar kelas kerjaya pembangunan,

Hebat,bekas ketua jabatan,

Pensyarah ini bertanya soalan,

Bagaimana ujian saya,boleh jawab???melontar persoalan memohon jawapan,

Jika dizinkan Allah,dan berdasarkan sifat pemurah "madam"~boleh jawab diri ini menjawab persoalan,


~Untuk kalian generasi selepas diri,pensyarah atau guru hebat,kerana kalian hebat-hebat,nanti kalian generasi selepas diri,diri ini dan guru-guru di seluruh dunia,doa kepada Allah supaya semua umat Islam dapat masuk syurga ya??~amin.





Thursday, January 10, 2013

Kerana 20sen

Assalamualaikum w.b.t

Kerana 20 sen,kisah benar yang berlaku..ketika ingin membayar duit minuman,kurang lagi 20sen,mencari-cari,meraba-raba di dalam poket,di dalam dompet,yakin ada lagi 20sen,mencari-cari...

Ahh..tiada ke??fikir diri ini...

Sejenak,terlintas dalam fikiran,ya Allah..pasti ada 20sen dalam dompet ini...untuk membayar harga minuman ini...

Tiba-tiba...

Ketika hampir sahaja kecewa kerana tidak jumpa lagi 20sen...

"Ting,ting"duit bunyi syiling jatuh...

20sen..ya duit 20sen jatuh....setelah puas menggeledah,menyeluk poket dan dompet...

Duit syiling 20sen jatuh..tangan ini mengambil,letak di atas meja..menghulurkan kepada teman baki duit minuman diri ini...20sen..

Lantas,diri dan teman bangun setelah selesai membuat bayaran makanan dan minuman..sambil diri ini berfikir..doa dan hebatnya Allah s.w.t,Maha Memperkenan doa...Allah Maha Besar...


~Untuk kalian generasi selepas diri...pasti faham bukan maksud tulisan yang diri ini ingin jadikan wasiat dan amal...tentang cerita syiling 20sen...barangkali cerita kalian tentang Allah Maha Memperkenan doa lebih hebat kerana kalian lebih baik~tolong jadikan ini pasti.amin.

Tuesday, January 8, 2013

Nikmat Allah..

Assalamualaikum w.b.t



Nikmat Allah tidak terduga,

Boleh datang secara tiba-tiba,

Tidak disangka...

Kisah benar..diri ini cuba untuk menulis yang benar kerana laman ini ialah wasiat dan amalan diri ini,

Membuat panggilan,

Untuk meminta keizinan,

Menghantar borang soal selidik kajian,

Syarat untuk layak menjadi graduan,

Sukar juga proses kerana ada peraturan,

Terdetik hati,"kenapa susah sangat buat kajian ni?"

Berasa kecewa...

Ketika ingin membuat pengeluaran wang,mendapat panggilan,

Kali ini,dari tempat kajian yang lain,tergesa menjawab panggilan,

Dialog itu terlalu panjang,rumusannya,surat anda sedang diproses,nanti kami akan memberi maklum balas..kata suara di panggilan

Terima kasih tuan..terima kasih banyak-banyak,diri ini ucapkan...

Hmm...berfikir...ketika ingin mecari ilham..mengetuk papan kekunci...supaya tulisan dapat menjadi amalan..

Maka,inilah..untuk kali ini...Allah Maha Besar..

Nikmat Allah tidak terduga....ianya akan datang dalam sangka atau tidak.......

~Untuk kalian yang hebat,generasi selepas diri...nikmat Allah tidak terduga,diri ini percaya..kelak sekiranya tulisan ini sudah menjadi wasiat dan mudah-mudahan amalan...amin...  dibaca kalian..maka diri ini percaya,laman ini dibaca kalian setelah ketiadaan...ini juga nikmat Allah..
Tuhan tiada tandingan..~

sumber gambar(maaf tuan empunya gambar,mohon dizin dan dihalakan penggunaan gambar ini):http://amirulasril.com/nikmat-nikmat-allah/

Monday, January 7, 2013

Ni tempat diri ini menadah tangan.sebagai wasiat

Assalamualaikum w.b.t




Ini tempat diri ini menadah tangan,

Walaupun hajat hati nak jadikan tempat lepas tekanan,

Rungutan,perasan ketidakpuasan hati,salah-menyalahkan,

Tapi...

Ini tempat diri ini menadah tangan,

Niat diri satu,sebagai amalan atas setiap tulisan dan perkongsian.

Dua sebenarnya niat,yang kedua,sebagai wasiat selepas kematian,

Bila???

Itu,diri ini tidak pasti,tapi ianya tetap akan jadi,

Jadi,kalian generasi selepas diri,

Tolong diri ini,

Jadikan medan ini,medan amalan dan wasiat...diriku dan bukan rungutan,

Kerana ini juga cara untuk diri masuk syurga seperti kalian,

~Tolong aminkan ya kalian generasi selepas diri???~

link gambar(halalkan sebab copy+paste gambar ni ya pemilik gambar)~http://emeldahanimunittrust.com

Saturday, January 5, 2013

Kasihan Kiri Kanan

Assalamualaikum w.b.t


(Untuk Kiri Kanan)

Kasihan Kiri Kanan,

Kanan..barangkali hanya memerhatikan,

Tiada apa-apa untuk dicatatkan,

Pasti sedih,kerana letih menuggu diriku berbuat kebaikkan,

Kasihan Kiri Kanan,

Kiri..letih membuat catitan,

Untuk setiap kejahatan,

Kasihan Kiri Kanan,

Jika dapat dilihat dengan pandangan,

Pasti diri ini dapat merasai beban,

Mereka...Kasihan Kiri Kanan,

Maaflah sebab kena jadi Kiri Kanan diri ini,

Kanan..maafkan diri ini,

Kiri...maafkan diri ini,


~Untuk generasi selepas diri...Kiri Kanan pasti seronok sebab kalian baik...insya-Allah..tolong jadikan ini pasti...~

Friday, January 4, 2013

Membeli biskut sendirian,cakapan bohong berterusan...Ikhlas~arwah.....

Assalamualaikum w.b.t


~Khas untuk mereka "entri"ini~ moga kalian generasi selepas diri ada mendapat manfaat.....

Diri ini suka benar bercakap bohong~

ya,kisah diri ini jatuh cinta dengan gadis yang tidak membalas panggilan-itu satu bohongan(maafkan diri ini Aizat)~sahabat.......

ya,kisah diri ini pulang ke rumah semasa cuti minggu belajar,maafkan diriku Pak Ngah~Pak Su...diri ini mereka-reka cerita semasa ingin dihantar pulang..cerita tentang pensyarah yang kononnya menukar tarikh peperiksaan semuanya tipu belaka...maaf..maaf..tolong...supaya roh diri ini...malu nak minta..dah tipu masih nak minta...tenang pergi..tolong ya Pak Ngah. Pak Su....oh..ya..biskut untuk Pak Ngah itu diri ini beli bukan di Sarawak.bukan minta tolong kawan kirimkan pun..diri ini beli di pasaraya Giant,Jalan Nirwana,Melaka....maaf..tolong halalkan itu......

ya,kisah diri ini  tidak mengambil draf bab 3 Projek Tahun Akhir..kerana takut dimarahi kerana bimbang tersalah format...maka mereka cerita kononnya berada di luar...Maafkan diriku Mat Noor...akhirnya diriku membeli biskut sendirian  di Pasaraya Giant di Tabuan Jaya,Kucing...untuk menjadikan bohong itu jadi......

ya,kisah diri ini pandai bersilat..sampai datang ke rumah kamu sahabat..Zul...hakikatnya diri ini hanya belajar dengan membaca buku...meniru..tanpa ilmu...maafkan diriku..tolong..ya tolong..biar diriku pergi dengan aman..malu nak minta tapi tolong diriku sahabat...Zul kamu hebat...belajar silat dengan Tok Mat...Zul kamu tahukan siapa diriku maksudkan??maafkan diriku....

ya,kisah diri ini ponteng sekolah rendah,sekolah menengah~mereka cerita sekolah habis awal......tiada guru..tiada kelas,deman~......tolong,tolong,tolong,tolong,tolong,tolong,maaf...maaf..maaf...maaf...maafkan diriku emak.Jamaliah bte Deraman...sampai mati...hidup semula...diri ini masih nak emak yang ini ya Allah??? nak minta maaf dengan menaip seribu kali maaf pun diri ini tak mampu......tapi masih tak cukup....emak tolong halalkan makan minum..pakaian..duit belanja sekolah...tuisyen..duit sekolah agama...duit belanja universiti...ilmu..kemahiran..nasihat....dan segala serba-serbi...mak bagi ya???maaf kerana mak dapat anak suka menipu.......

ya,kisah ini diri ini  ingat....kisah tipu lain??lupa kerana ia  dah jadi sebati..tolong pergi jauh..boleh sifat suka menipu..nanti mati..mereka ingat diri ini hidup...tiada siapa datang sembahyang jenazah diri ini...sedih....

"Buat kalian generasi selepas diri...penipu seperti diriku...mohon tidak menipu...ganjil...orang menipu suruh orang supaya tidak menipu...diri ini pun tidak faham tetapi ianya perlu..kerana penipuan bersamaan dengan kecelaruan......."

"MOHON MAAF ATAS SEGALA PENIPUAN"~arwah Ahmad Tarmizi bin Mohktar......

Thursday, January 3, 2013

Lemah...Maafkan Aku,Aku....

Assalamualaikum w.b.t





Maaf..maafkan saya diri...maafkan saya kerana terpaksa menjadi saya...lemah..diri ini ingin sekali merungut...aku tak nak salahkan Tuhan..cukuplah..cukuplah...bila senang..nampak Allah tu baik..bila lemah...aku nak salahkan Dia...tak adil,bagi Tuhan, bagi roh,jasad,nyawa,akal, diri ini...

Berapa kali diri ini menyalahkanTuhan...akibat kesulitan..akibat masalah...

Cukuplah..cukuplah tu...."Saya minta maaf Allah"....kerana jadi hamba lemah..suka salah-menyalah....

Pernah diri ini terbaca "Allah bagi kita susah supaya kita jadi senang"

Mudah bagi kamu~tidak semestinya mudah bagi diri ini....

Hujan...malam Jumaat.... hujan..macam air mata aku sahaja analoginya.....sedih memang sedih...diri ini sedih kerana terlalu lemah........"maafkan saya Allah"

aku tak boleh salah sesiapa kerana ianya bukan salah sesiapa....aku sedih dan kasihan tengok anggota badan,akal,nyawa aku~aku minta maaf kalian.....

"Untuk kalian generasi selepas diri...diri ini mohon....jadi hebat,kuat....tolong tidak lemah..bersama fizikal,roh dan nyawa kalian ya??? tolong doa kepada Allah supaya diri ini sama-sama hebat,kuat macam kalian..tolong.


~sumber gambar(maafkan diri ini,halalkan gambar ni ya) :http://pendidikan.dunyahalal.com/index.php?id=286&mnu=286

Wednesday, January 2, 2013

Kawan

Assalamualaikum w.b.t

Kawan,

Masih ingat peristiwa pagi tadi?

Semasa diri ini ingin pergi ke dewan peperiksaan,


Kawan,

Kau menegurku,

Kau bertanya soalan,

Slip peperiksaan untuk menduduki peperiksaan,

Adakah dibawa??


Kawan..kawan...

Selesai diri ini menjawab soalan peperiksaan,

Diri ini duduk bersama seorang lagi kawan,

Kawan yang bertanya soalan,

"Kenapakah kubur dibina?"

Diri ini menjawab atas dasar agama harapnya bukan kerana nama,

"Tidak pasti jawapan yang tepat,tetapi pada pandangan aku untuk kita sentiasa ingat si mati"

Kawan..kawan..

Seorang lagi kawan,

Memberi pandangan setelah bersama-sama menonton rancangan televisyen mengenai pengurusan kewangan,

Guna alatan yang lebih teknologi untuk memperbaiki kreativiti diri~simpulan isi yang diri ini fahami~begitulah....


Kawan-kawan...

Kalau masuk syurga,jangan lupa ajak diriku sama ya?? "begitu juga harapan diri ini untuk generasi selepas diri...ajak sekali ya???".....


Tuesday, January 1, 2013

"HIM"

Assalamualaikum w.b.t




Hukum tatabahasa bahasa Inggeris, "him" itu untuk menunjukkan dia(lelaki)~rujukan Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Edisi Keempat(Dikemaskini) muka surat 188..

Ya,itulah maksud "him"... alangkah angkuhnya diri ini ketika seorang sahabat bertanya maksud "him"... jawapan yang diberi diri ini,"him"-boleh digunakan kepada lelaki dan perempuan..

Angkuh bukan???  memberi jawapan..berfikir...sejenak...dalam hati dan akal terlintas...mustahil diri ini salah..lagak fikir diri ini handal...membuka kamus...maka jawapan yang diterima menyedarkan diri..diri ini serba tidak tahu..maka belajarlah diri...untuk menjadi tahu...semakin tahu semakin sedar lebih banyak yang diri ini tidak tahu...maka perlukah diri  ini angkuh???

Maafkan diri ini sahabat...andai diri ini pergi..maka inilah wasiat jika kalian terbaca..maaf atas kesalahan keangkuhan...bukan hendak menunjukkan diri ini baik tetapi sebaliknya...

Allah Maha Besar... sedarlah diri....diri ini kecil...serba tidak mengetahui..ya, diri ini pasti...jika kembali semula kepada Dia nanti...masih banyak lagi yang diri ini tidak tahu..

~Untuk kalian..generasi selepas diri...keangkuhan...untuk mengatakan mengetahui sesuatu yang tidak pasti..tolong berhenti....diri ini mengalaminya..maka diri ini  tidak mahu kalian..generasi selepas diri melaluinya...ianya tidak bererti..... kalian handal~tolong jadikan ini pasti~