Pagis

Friday, February 18, 2011

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum w.b.t

Mungkin agak terlambat saya mem"post"kan posting saya nie, :( tapi apapun saya ingin mengucapkan salam maulidur rasul kepada semua umat Islam yang ada di Malaysia dan di serata dunia,(manalah tahu kot2 ada pembaca yang membaca post saya nie ada di England,Uk ker) :)

So,once again I will like to say's
"SALAM MAULIDUR RASUL"

Saturday, February 12, 2011

Terlepas peluang

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini saya nak berkongsi sedikit rasa kekecewaan dan kehampaan...yg berlaku dalam hidup saya :(

Saya hilang@terlepas peluang untuk mendengar seisi taklimat perniagaan melalui internet oleh idola saya,Dr.Irfan Khairi...pergh...tensionnyer.. :(

Saya terlambat sehari sahaja disebabkan kesukaran saya mencari kemudahan internet di tempat saya nie,baru sahaja check e-mail,rupa-rupanya terdapat seminar yang dijalankan Dr.Irfan Khairi secara "live"di internet,percuma pulak tu!!rugi betul rasanya,tapi apa nak buat,tiada rezeki...

Nampaknya lepas nie,berkemungkinan besar saya kena guna internet broadband lepas nie,hahaha :)

So,boleh saya online di mana-mana sahaja,kan? :P

sekian sahaja post lepas geram saya nie,as-salam :)

Wednesday, February 9, 2011

Kisah bisnes dari seorang ustaz

Assalamualaikum w.b.t

Hari nie saya nak berkongsi sebuah cerita daripada seorang ustaz,kisah hidup dia sendiri katanya,:)

Ustaz ini telah pergi meghadiri sebuah kursus keusahawanan yang bertempat di mana,tak tahulah pula saya,:)

Jadi,ketika seorang penceramah memberikan sebuah ceramah mengenai kejayaan beliau di bidang keusahawanan,dia telah menunjukkan stastik keunutngan yang diperolehi sehingga berjuta-juta ringit,

Oleh itu,ramai peserta seminar begitu berminat untuk mengetahui kisah kejayaan penceramah ini,

Jawapan penceramah itu ringkas sahaja,jawapannya kalau anda berjaya macam saya,anda cuma kena alami dua peristiwa sahaja,iaitu

1)rumah kena tarik
2)kereta kena tarik

barulah saya dapat keuntungan seperti sekarang kata penceramah tersebut,:)

Oleh itu,kata ustaz,pengajaran daripada cerita ini ialah sekiranya kita hendak memasuki bidang keusahawanan,kita akan mengalami risiko-risiki seperti di atas,barulah kita akan berjaya...

terdiam saya dengar cerita ustaz nie,anda bagaimana??

sanggupkah saya??? :P

Saturday, February 5, 2011

Manusia yang sering terlupa

Assalamualaikum w.b.t

Post kali ini saya nak berkongsi sedikit masalah saya iaitu penyakit mudah lupa,adoi...umur baru 20-an tapi selalu jer lupa mana saya letak barang2,

Dari zaman sekolah lagi,saya akan selalu sahaja hilang buku-buku teks sekolah,bising mak saya tiap kali kena bayar balik duit hilang buku teks,pedih telinga nie kena bising@nasihat tapi tiap-tiap tahun hilang jugak, heh :P

Itulah,pening kepala nie fikir penyakit saya nie,cuai sungguh....

Tapi,baru-baru ini ada seorang kenalan cakap dengan saya kita nie digelar "Al-Insan" yang bermaksud lupa(entah betul@tak tak tahulah)oleh sebab itu kita nie selalu lupa mana kita letak barang-barang kita,bersikap cuai dan sebagainya...

Jadi,kawan saya kata untuk menyelesaikan masalah kita nie selalulah berzikir,menyebut benda-benda yang elok,makan makanan yang menguatkan otak macam kismis,buah-buahan dan banyak lagi(google jer kat internet,jumpalah) :)

Dan yang paling penting,belajar untuk bersikap lebih berhati-berhati,sebab saya pernah ada pengalaman hilang dokumen yang penting,susah betul nak selesaikan tapi alhamdullillah,setel :)....

So,thanks to my friend for the advice,hopefully lepas nie,saya akan lebih berhati-hati,amin....

Friday, February 4, 2011

Happy Chinese New Year

Assalamualaikum w.b.t

Selamat menyambut tahun baru cina kepada semua bangsa cina yang menyambutnya

Semoga perpaduan di Malaysia ini dapat dikekalkan dan dimantapkan lagi,:P

Tuesday, February 1, 2011

Lagu best by Padi-Sahabat

Assalamualaikum w.b.t

Jom layan lagu daripada kumpulan Padi,moga semua enjoy dan hargailah sahabat-sahabat anda sekalian...

Kawan ketawa senang dicari,
Kawan menangis sukar ditemui tapi dekat di hati :P