Pagis

Friday, December 24, 2010

Main badminton

Assalamualaikum w.b.t

Sekadar satu lagi perkongsian aktiviti dalam hidup saya,baru-baru ini saya berkesempatan bermain badminton setelah hampir 5 tahun lamanya tidak memegang raket badminton.

Alhamdulillah,segala perancangan yang diatur oleh kawan-kawan saya berjalan dengan lancar dan memang best sangat dapat bermain dengan kawan-kawan...

Lepas ni boleh "plan"main lagi sekiranya Tuhan mengizinkan...insya-Allah,amin. :)
p/s:tapi saya kalah semua "game" lawan kawan saya,memang handal mereka-mereka ini :P

Gambar kenangan...

Sunday, December 19, 2010

Reunion Tingkatan Enam

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah,baru-baru ini iaitu pada hari Sabtu yang lepas,saya telah menghadiri reunion@perjumpaan semula dengan kawan-kawan di Tingkatan Enam atau kini lebih dikenali sebagai Program Persediaan Universiti.

Perasaan saya memang begitu terharu kerana dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama yang telah melanjutkan pelajaran ke menara gading masing-masing.Semoga kamu semua akan beroleh kejayaan di dunia dan akhirat,insya-Allah,amin...

Harapan saya agar Yang Maha Esa mengizinkan kita berjumpa semula di lain waktu kelak...bersama-sama dengan kejayaan kamu semua :P

Jadi inilah sedikit gambar kenangan semasa reunion PPU SMKST 2009/2010,Enjoy the pic,k?? :P

Saturday, December 18, 2010

Malaysia mara ke final AFF Cup

Assalamualaikum w.b.t

Tahniah dan syabas kepada pasukan Malaysia kerana berjaya melangkah ke perlawanan akhir setelah berjaya mengikat keputusan seri tanpa jaringan semasa bertemu Vietnam malam tadi sekaligus membolehkan skuad negara melangkah ke perlawanan akhir dengan agregat 2-0.

Hampir 14 tahun lamanya barulah skuad kebangsaan berjaya melangkah semula ke perlawanan akhir Piala AFF setelah kali terakhir melakukannya pada tahun 1996 tetapi tewas 1-0 kepada Thailand.

Ini ialah sedikit pandangan saya setelah menyaksikan perlawanan semalam:

Corak bertahan yang dilakukan Malaysia tampaknya berkesan untuk menyerap asakan daripada pasukan Vietnam dan penjaga gol Malaysia iaitu Khairul Fahmi Che Mat harus diberikan pujian kerana berjaya menyelamatkan serangan berbahaya Vietnam yang terpaksa bermain dengan 10 pemain.

Malaysia juga memperolehi beberapa peluang yang baik untuk menjaringkan gol namun gagal disudahkan dengan sempurna.Antara pemain yang berpeluang menjaringkan gol bagi pasukan Malaysia ialah Syafiq Rahim dan Amri Yahya.

Apapun sekali lagi ucapan tahniah dan syabas kepada pasukan Malaysia kerana berjaya melangkah ke perlawanan akhir dan harapan saya semoga skuad kebangsaan ini menang di final sekaligus mencipta sejarah tersendiri,insya-Allah :P

p/s-Ulas macam terer main bola jer,padahal hampeh jer,hahaha :P

nak bacaan lebih lanjut klik sini-

right klik>open in new tab
Penantian 14 tahun berakhir

Jom main chess online

Assalamualaikum w.b.t
Sekadar perkongsian bersama...
Siapa-siapa yang berminat main chess@catur,jom pergi ke laman web ini...

http://www.chessmaniac.com/


Nanti boleh kita lawan k? :P
Search:Tarmizi...

p/s-tak handal pun main,saja2 mengisi masa lapang :P

Thursday, December 16, 2010

Doa Penerang Hati

Assalamualaikum w.b.t
Sekadar perkongsian bersama-sama...
Marilah kita bersama-sama mengamalkan doa ini untuk penerang hati...
Elok dibaca sebelum belajar...







Makna:



Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku





p/s-Saya sendiri selalu terlupa nak baca doa ni sebelum belajar... :P nampaknya lepas ni kena cari doa kuat ingatan pulak..hahaha

Wednesday, December 15, 2010

Sifat orang yang lahir bulan Oktober

Assalamualaikum w.b.t
Ini merupakan hasil kajian secara saintifik yang dilakukan oleh Dato Dr Haji Fadzilah Kamsah...tidak ada kena-mengena dengan tilikan atau unsur-unsur syirik yang bertentangan dengan akidah Islam...
Mengapa bulan Oktober??sebab saya dilahirkan pada bulan Oktober :P
Semoga terhibur...

Sifat orang yang lahir pada bulan Oktober biasanya:


1: Suka berbual.
2: Suka orang yang sayang padanya.
3: Suka ambil jln tengah.
4: Sangat menawan & sopan santun.
5: Kecantikan luar & dalam.
6: Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
7: Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
8: Sentiasa berkawan.
9: Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
10: Cepat marah.
11: Macam pentingkan diri sendiri.
12: Tidak menolong orang kecuali diminta.
13: Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
14: Tidak suka terima pandangan orang lain.
15: Emosi yang mudah terusik.
16: Suka berangan & pandai bercakap.

Kajian Oleh:Dato Dr Haji Fadzilah Kamsah

Tuesday, December 14, 2010

Laptop yang unik

Assalamualaikum w.b.t

Sekiranya post yang lepas memaparkan pendrive yang unik,kali ini saya akan memaparkan laptop-laptop yang unik pula.
Semoga terhibur...

1)Laptop+mesin taip

Gabungan yang menarik apabila teknologi lama digabungkan dengan yang baru...
telah dibuat oleh Mary Robinette Kowal. Dia telah mengubah suai laptop-nya untuk membuat  kelihatan seperti satu  mesin taip kuno.


2)Laptop "Girly"

Laptop yang dibuat khusus untuk perempuan.Rekaan laptop ini dibuat oleh Nikita Buyanov.Berwarna merah jambu dan menyerlahkan sifat "femininnya"...


3)Laptop+Ps3
Gabungan yang sungguh gempak dan menarik...sudah pastinya laptop ini  akan menjadi kegilaan kaki games...

 4)Laptop khas untuk senaman (Hp Fitness)
Laptop ini adalah untuk tujuan mengawal berat badan.Boleh digunakan untuk sukan seperti  berlari atau melangkah.

 5)Laptop untuk pencinta alam sekitar(Hp eco)
laptop yang dibuat untuk orang-orang ekologi,mempunyai muatan sel suria, bar-code reader untuk produk makanan  dan sebagainya.

Monday, December 13, 2010

Pendrive yang unik dan pelik

Assalamualaikum w.b.t
Jom layan gambar-gambar pendrive yang unik ini,tapi rasanya pendrive ini tidak dijual di Malaysia,kalau ada beritahulah saya yer? :)

  1)Pendrive Iduck

Kita memulakan dengan USB drive bentuk haiwan, dan itu adalah iduck dari syarikat Jepun Solid Alliance.Disediakan dalam enam warna yang berbeza dan akan menyala ketika dipasang masuk.



 2)Pendrive Mikan Seiji


Ok,pendrive ini disebut Mikan Seijin dan jika diterjemahkan membawa maksud 'Mandarin Alien' - sebuah acara TV popular Jepun sejak tahun 1994. 




 3)Pendrive ibujari



Sangat realistik, sehingga anda mungkin boleh menggunakannya untuk mengenakan rakan-rakan anda.






  4)Pendrive Barbie

Kini anak patung bukan sahaja untuk permainan kanak-kanak malah boleh digunakan untuk menyimpan maklumat di komputer anda.Anda harus cabut kepalanya dahulu sebelum digunakan..sedikit ganas dan menyeramkan kan?heh...




 5)Pendrive lighter
Satu lagi pendrive yang unik,berbentuk lighter...bukan sahaja lighter digunakan untuk menyalakan rokok(amaran dari kerajaan malaysia:merokok membahayakan kesihatan)tapi kini boleh digunakan untuk memindah data komputer...tapi jika anda seorang pelajar sekolah jangan bawa ini ke sekolah nanti sia-sia kena tampar dengan cikgu displin anda...hahaha


Lain-lain Pendrive yang unik-






Sunday, December 12, 2010

Lawak suka-suka

Assalamualaikum w.b.t
Sekadar mengisi masa lapang anda dan saya,
Harap terhibur....


dicipta oleh:Tarmizi :)

Saturday, December 11, 2010

Tonton Tv1 dan Tv2 di Internet

Assalamualaikum w.b.t

Sedikit perkongsian mengenai cara menonton tv1 dan tv2 di internet.Sebenarnya terdapat banyak cara lagi untuk menonton tv di internet contohnya yang terbaru ialah laman web tonton.com.my,tapi cara yang saya kongsikan ni ialah cara lama yang mudah untuk menonton tv 1 dan tv 2,dan tidak memerlukan sebarang pendaftaran...

Caranya-

*Sila gunakan Internet Explorer(IE) untuk langkah-langkah ini

  1. Pergi ke google
  2. Taip tv3.co.cc
  3. Pergi ke laman web tersebut
  4. Install missing plugin
  5. Klik tv online,pilih channel tv1 atau tv2(kelajuan menonton tv ni bergantung kepada internet connection anda)
  6. Selesai...


Friday, December 10, 2010

Beli handset baru

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini pergi ke kedai handset untuk membeli handset setelah handset lama hilang,pergi bersama-sama dengan kawan iaitu Aiman dan Boy.Setelah berfikir sejenak,so ambil keputusan untuk membeli handset jenis lama yang murah jer...jimat kos sikit :P

Jadi pilihan di hati ialah handset Nokia 1280 dengan harga cuma rm 84.00 sahaja...,
Nilah gambar handset tersebut.....



Dalam perjalanan balik singgah kejap makan cendol ...sedap betul cendol ni harga baru rm 1.00 semangkuk...

Jadi terima kasih kepada Aiman dengan Boy sebab sudi teman saya membeli handset,terima kasih banyak-banyak :)

Wednesday, December 8, 2010

Panduan mendaftar Maybank2u.com



Assalamualaikum w.b.t

Alhamdullilah,...semalam saya telah pergi ke maybank untuk memohon penggunaan Maybank2u dan telah berjaya memiliki Maybank2u...

Berikut saya sertakan langkah-langkah yang harus dibuat untuk memohon Maybank2u.

Langkah 1.Kena ada akaun bank tidak kira apa jenis pun di Maybank(kalau tidak macam mana nak aktifkan akaun Maybank2u kan? :-p)

Langkah 2.Pergi ke mesin ATM dan masuk no pin akaun bank biasa anda,

Langkah 3.Pilih lain-lain urusniaga>pilih maybank2u sevices>pilih maybank application>pilih request pin number(masukkan 6 digit nombor,apa-apa nombor cth 999999,(ini hanya untuk sementara sahaja)>anda akan diminta tulis semula no.pin 999999 anda>ambil resit

4)Pergi ke laman web Maybank2u.com,kemudian pilih "FIRST TIME REGISTER",setelah anda membaca peraturan yang disediakan,klik "I agree button",kemudian anda masukkan nombor 999999 tadi.

5)"Create" nama(username anda)dan pasword anda(minima 8 aksara termasuk nombor dan underscore)cth:Khairul_86 ,penting: jangan hilang atau lupa username dan password anda,klik Ok.

6)Tahniah!!! anda sudah mempunyai akaun Maybank2u,tapi proses ini masih belum lengkap kerana anda perlu mengaktifkan no TAC anda dahulu sebelum anda boleh melakukan sebarang urusan menggunakan maybank2u.

7)Pergi ke cawangan bank Maybank di tempat anda dan minta borang untuk mengaktifkan TAC.(mereka akan gunakan no.handset untuk tujuan ini),selesai...


***Langkah yang paling selamat dan tepat untuk anda mendaftar Maybank2u ini ialah pergi ke mana-mana cawangan bank Maybank di tempat anda dan minta pertolongan kepada pegawai-pegawai bank yang bertugas di situ,mereka akan berbesar hati menolong anda...


p/s-Langkah yang saya tunjukkan merupakan satu tips@pandangan peribadi,oleh itu saya tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang risiko yang dialami anda sekiranya anda mengguna pakai nasihat dalam mana-mana bahagian dalam blog ini :)

Malaysia mara ke separuh akhir Piala Suzuki

Assalamualaikum w.b.t

Malaysia berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala Suzuki apabila membelasah pasukan Laos dengan 5-1.Kejayaan Malaysia mara ke peringkat separuh akhir dibantu oleh kemenangan pasukan Idonesia ke atas Thailand.Indonesia mengatasi Thailand dengan 2-1 hasil jaringan Bambang Pamungkas(Indonesia)manakala gol Thailand dijaringkan  Suree Sukha sekaligus menjadi johan kumpulan dan Malaysia di tempat kedua seterusnya layak ke separuh akhir...

Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh-

Amri Yahya(4,41),Amirul Hadi Zainal (74), Norshahrul (77) dan Mahali Jasuli (90)

Gol Laos pula dijaringkan oleh-

Lamnoum Singto(8)


Tahniah kepada pasukan Malaysia...semoga terus maju

utk bacaan lebih lanjut,klik sini

Tuesday, December 7, 2010

Jom tengok tv online

Assalamualaikum w.b.t

Sedikit perkongsian mengenai cara tengok tv oline-

1)Pergi ke google dan cari myP2P.eu

2)Dekat site ini,pilih live tv atau live sport

3)Pilih chanel yang pc boleh support(klau x boleh buka makne pc korang x support@kena download software dia dulu :-)

Sekian...selamat mencuba

Monday, December 6, 2010

Selamat menyambut Awal Muharram

Friday, December 3, 2010

Laman web mudah yang saya buat

Assalamualaiku w.b.t...

Alhamdullilah..sy dah berjaya wat web ringkas stelah belajar serba sedikit ilmu2 html nie...Sy gunakan lmn web-WEBS.com utk buat laman web sy nie,jd sy nk kongsikan laman web ringkas sy nie-

Laman web saya nie psl catur@chess,jadi nielah link dier-

asascatur.tk

Sudi2lah klik yer... :)

Thursday, December 2, 2010

Jemputan ke Facebook saya

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini saya dah berjaya buat fb saya,oleh itu siapa2 yg singgah sini atau ter...singgah sini,jemput2lah ke fb saya dan kita jd kwn k?

Search nama saya k?- search:Ahmad Tarmizi

Wednesday, December 1, 2010

Lagu yang best by Faizal Tahir-Karma



Lirik:

Seumur hidup memang tak mungkin
Untuk aku terus bersamamu
Seumur hidup hanya untukmu
Menyakitkan memuaskan dirimu

Korus
Halalkan segala makan dan minumku
Cari aku kira kau masih berani
Berdepan realiti
Hey hey jangan kau sentuh
Aku bukan boneka
Kamulah kamu
Aku bukan boneka
Kelak kau tahu
Lewat harimu

Lima tahun dalam kegelapan
Hari ini kau bebas berjalan
Lima tahun dalam kebenaran
Hari ini hari kamu dan aku

Ulang Korus

Dan karma kan mengambil tempat
Menjemput kau buatku
Ku harapkan kau kembali

Hey hey biar kau tahu
Aku bukan boneka
Akulah aku
Aku bukan boneka
Kini kau tahu
Lewat hariku

Biar kau tahu
Aku bukan boneka
Akulah aku
Akulah aku
Kini kau tahu
Lewat hariku